KTMB tambah 12 unit tren tiga gerabak untuk Komuter Utara tahun 2025

oleh Penyumbang Rencana 2|
Untuk menambah baik tahap perkhidmatan Komuter Utara, pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah 12 unit tren tiga gerabak pada tahun 2025.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata inisiatif ini melibatkan pembelian tren baharu yang akan dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan.

“KTM Komuter Utara mendapat sambungan hangat dalam kalangan penumpang. Segmen ini mempunyai dua jajaran iaitu Padang Besar-Butterworth yang paling digemari penumpang dan Butterworth-Padang Rengas.

“Set tren itu boleh disambungkan menjadi tren enam gerabak apabila berlaku permintaan tinggi,” katanya dalam satu sidang media selepas pelancaran Pas Perjalanan Mingguan dan Bulanan KTMB Sektor Utara oleh Pengerusi KTMB Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.

Buat masa ini, Mohd Rani berkata KTM Komuter Utara beroperasi dengan enam set tren iaitu dua unit tren enam gerabak dan empat unit tren tiga gerabak, yang sebelum ini digunakan oleh syarikat itu dalam operasinya di Lembah Klang.

Sumber: Bernama 

Berita Berkenaan

Informasi
“Kerja-kerja pengalihan, pemeriksaan serta pemulihan yang melibatkan infrastruktur landasan dan…
Informasi
Menurut KTMB, lanjutan perkhidmatan itu merupakan inisiatif strategik Kementerian Pengangkutan (MOT…
Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh prestasi cemerlang Perkhidmatan Tren…