KTMB tawar Ekspres Lambaian Aidiladha ke Pantai Timur

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) istimewa ke Pantai Timur.


Perkhidmatan tersebut menyediakan dua perjalanan tren ekspres yang beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dengan menawarkan 912 tiket kepada penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Inisiatif itu bagi menghargai penumpang setia dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan alternatif kepada mereka yang akan pulang ke Pantai Timur sempena Aidiladha.

“Ia juga sebagai sokongan kepada kerajaan untuk mengatasi penggunaan jalan darat yang sering kali sesak dengan kadar trafik yang tinggi khususnya di musim perayaan.

“Inisiatif ini juga khusus buat mereka yang ingin pulang ke kampung dengan selesa, selamat dan tambang yang berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut KTMB, Tren Khas ELA ini akan berhenti di 17 buah stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

Tambahnya, jika perkhidmatan tren KL Sentral ke Tumpat mendapat sambutan yang menggalakkan pihak KTMB akan menambah dua lagi perkhidmatan tersebut kepada pengguna.

Tren khas itu turut dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.

“Perkhidmatan tren khas ini menawarkan keselesaan untuk orang ramai termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk pulang ke kampung, malah turut memberi peluang kepada pelancong yang berhasrat mengunjungi lokasi pelancongan di Pantai Timur

“Tiket akan mula dijual pada 3 Jun 2023, jam 2 petang dengan harga bermula daripada RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala dan kepada pengguna yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh menggunakan aplikasi KTMB Mobile (KITS),” katanya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…