Kuantan, Rompin lokasi perintis pelancongan berkonsep taman karavan

oleh Mohamad Hanif|
Daerah Kuantan dan Rompin akan menjadi lokasi pertama bagi melaksanakan projek perintis pelancongan berkonsepkan taman karavan di negeri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Pahang menjangkakan projek ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

“Kita akan buat pilot project dulu di Rompin dan juga di Kuantan, dan usaha-usaha ke arah itu sedang dibuat dan insyaAllah akan menjadi kenyataan. Sebelum akhir tahun. Secepat mungkin.

“Sebab dia banyak proses, kita kena mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan nak bawa karavan itu, … Tapi usaha-usaha ke arah itu telah dilakukan. Kita sekarang dah buat jawatankuasa dan sebagainya, dah buat perbincangan, kita dah tandatangan persefahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Geran Hakmilik Skim Tanah Rakyat (STR) dan Surat Kelulusan Tanah Kelompok (Notis 5A) kepada 203 penerima daerah ini di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin; Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Jenderak, YB. Dato’ Sri Haji Mohamed Haji Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; ADN Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin; dan Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin.

Beliau berkata pihaknya optimis bahawa projek ini akan membawa pelaburan yang besar kepada Negeri Pahang terutamanya dalam sektor pelancongan.

“Mereka (pihak Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman) berjanji tidak kurang daripada RM500 juta pelaburan yang akan dibawa.

“Saya percaya ianya akan mencapai bilion bila ianya menjadi kenyataan tapi ianya secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Menurut beliau lagi, pelancongan berkonsepkan taman karavan ini merupakan suatu perkara baharu di negara ini dan akan dapat menarik minat banyak pihak.

“Itu adalah satu perkara yang baru di negara kita. Di Barat dah lama dah. Jadi kita nak bawa perkara itu ke Pahang khususnya kerana perkara itu baru dan saya sangat yakin, sangat optimis perkara ini akan dapat sambutan.

“Kerana kita tahu kehidupan ini sangat progresif, sangat dinamik, sangat berubah dari masa ke semasa. Mungkin generasi akan datang mereka lebih suka kepada itu (karavan),” katanya.

Kerajaan Pahang pada 14 Mei lepas telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) di Frankfurt, Jerman, merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan (Caravan Park), pusat pemasangan karavan (Caravan Assembly Plant), eko-sistem pembuatan caravan (Caravan Manufacturing Eco-System) serta pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik dan Australia.

Sumber: Pahang Media

Berita Berkenaan

Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu…
Berita Domestik
Bermula 7 November, kenderaan 4x4 ini akan ditempatkan di cawangan Allianz General di Ipoh, Pulau…