Kuhl Racing hasilkan kit badan lebar untuk GR86, BRZ

oleh Mohamad Hanif|
Benarlah tekaan penulis sejak pelancaran rasmi model kembar GR86 dan BRZ tempoh hari, di mana kedua-dua model pacuan roda belakang ini bakal menjadi model yang hangat di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, baru beberapa bulan menerjah dunia, sudah terdapat beberapa pilihan kit badan dan aksesori yang boleh dipilih, yang mana tiada pendirian tetap tu memang rambang mata jawabnya.

Rujuk sahaja pautan di bawah untuk racun yang paling berkesan di alam maya.

Baca: GR86 x Pandem
Baca: GR86 x HKS
Baca: GR86 x Tom's Racing
Baca: GR86 x SARD
Baca: GR86 x Blitz
Baca: GR86 x TRD, GR Parts

Salah satu pilihan yang bakal ditawarkan kelak datangnya dari Kuhl Racing, di mana mereka bakal hadir dengan kit badan lebar untuk kedua-dua model Toyota GR86 dan Subaru BRZ.
 

Kuhl


Sama seperti model standard, kedua-dua kit badan ini diberikan identiti yang tersendiri supaya mudah untuk dibezakan, seperti bahagian depan yang agresif, splitter yang lebih menonjol, arka roda yang lebar, serta penambahan pada skirt sisi.

Di bahagian belakang, Kuhl Racing turut menambah komponen diffuser dan sayap belakang jenis kekal.
 

Kuhl


Harga jualan bagi set kit badan lebar ini masih belum diumumkan, namun Kuhl Racing bakal menunjukkan hasil akhir projek ini pada Tokyo Auto Salon 2022 yang bakal berlangsung bulan depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti apa yang anda lihat, bahagian luaran Nissan GT-R R35 ini datang dengan panel badan yang…