Kumpulan Volkswagen 2024: 9 juta unit, BEV naik di China, menurun di AS

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen ID.5 GTX “Xcite”
Volkswagen ID.5 GTX “Xcite”
Di dalam artikel sebelum ini, Careta melaporkan mengenai prestasi penghantaran kenderaan Volkswagen pada 2024.

Jumlah penghantaran VW sekitar 4.8 juta unit kenderaan dan 1.4 peratus lebih rendah berbanding 2023.

Di sebalik penurunan, penghantaran di Amerika Selatan dan Amerika Utara masing-masing meningkat sebanyak 15 dan 6 peratus.

Di China yang merupakan pasaran kereta terbesar di dunia, penghantaran menyusut sebanyak 10 peratus.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Prestasi Kumpulan Volkswagen 2024

  

Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta kenderaan dan menurun dua peratus berbanding 2023.

Prestasi ini boleh dijangka susulan persekitaran yang mencabar dan tidak hanya disumbang oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) tetapi juga faktor lain seperti ekonomi dan persaingan sengit.

Di sebalik prestasi tersebut, jualan BEV Kumpulan Volkswagen di China meningkat lapan peratus namun menyusut dengan ketara di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 30 peratus.

Model BEV yang digemari adalah Volkswagen ID.4 dan ID.5 dan disusuli ID.3. Di tempat ketiga, model premium Audi Q4 e-tron termasuk Sportback.

 

Volkswagen ID.5 GTX
Volkswagen ID.5 GTX

 

Secara keseluruhan, penghantaran BEV menurun tiga peratus manakala kenderaan hibrid plug-in (PHEV) meningkat lima peratus. Adakah ini petanda menunjukkan pelanggan beralih ke PHEV?

Fakta prestasi Kumpulan Volkswagen pada 2024:

9.03 juta serahan

  • Penghantaran kenderaan menurun 2.3% berbanding 2023 (9.24 juta)

  • Pasaran Amerika Utara berkembang 6% dan melonjak 15% di Amerika Selatan

  • Penghantaran di Eropah menurun 0.1% dan 10% di China

Volkswagen Tiguan 2024

 

BEV

  • Jumlah penghantaran 744,800 unit, menurun 3.4% berbanding 2023 (771,100)

  • Penghantaran di China bertambah 8%, menyusut 30% di AS

  • Kumpulan VW kekal menerajui pasaran BEV di Eropah meskipun penghantaran lebih rendah dengan penguasaan 21%

  • Serahan suku ke-4 di Jerman melonjak 18 peratus

Pesanan BEV di Eropah Barat melonjak ketara

  • Pesanan melonjak 88%

  • Pesanan sekitar 170,000 unit didorong oleh model baharu seperti  VW ID.7 Tourer, Audi Q6 e-tron dan Porsche Macan Electric

Audi Q4 35 e-tron 2024
Audi Q4 35 e-tron

 

PHEV

  • Penyerahan di serata dunia sebanyak 270,000 unit, meningkat 5% berbanding 2023

  • Permintaan model dengan rangkaian kuasa PHEV generasi kedua dan jarak pemanduan sehingga 143 km semakin meningkat

Eropah

  • Penghantaran setara 2023 sebanyak 3.77 juta unit

  • Menurun 0.4% di Eropah Barat, Eropah Tengah dan Timur meningkat 1.7%

  • Menurun 2% di Jerman

Amerika Selatan

  • Wilayah dengan pertumbuhan terkuat iaitu sebanyak 594,300 unit atau lonjakan 14.7%

  • Didorong oleh pasaran Brazil dengan pertumbuhan sebanyak 18.2%

Volkswagen Golf R 2024

 

Amerika Utara

  • Penghantaran sebanyak 1.06 juta unit kenderaan, meningkat 6.4% berbanding 2023

  • Pertumbuhan di AS sebanyak 2%

Asia Pasifik

  • Menurun 10.3% kepada 3.22 juta unit kenderaan

  • Dipengaruhi oleh persaingan sengit di China dengan penurunan 9.5%

BEV terlaris

  • Volkswagen ID.4/ID.5 : 182,000

  • Volkswagen ID.3 : 149,100

  • Audi Q4 e-tron (termasuk Sportback) : 107,700

  • Škoda Enyaq (termasuk Coupé) : 79,500

  • CUPRA Born : 41,800

  • Volkswagen ID.7 (termasuk Tourer) : 40,100

  • Volkswagen ID. Buzz (termasuk Cargo) : 29,900

  • Audi Q8 e-tron (termasuk Sportback) : 28,200

Škoda Enyaq SUV 2024 01

 

Penghantaran kepada pelanggan mengikut pasaran

 

Pasaran Okt - Dis 2024 Okt - Dis 2023 Perubahan (%) Jan - Dis 2024 Jan - Dis 2023 Perubahan (%)
Eropah Barat 834,000 828,400 +0.7 3,258,600 3,271,000 -0.4
Eropah Tengah dan Timur 143,300 128,600 +11.4 512,000 503,500 +1.7
Amerika Utara 288,000 277,000 +4.0 1,057,000 993,100 +6.4
Amerika Selatan 175,200 152,500 +14.8 594,300 518,200 +14.7
China 871,500 947,000 -8.0 2,928,100 3,236,100 -9.5
Asia Pasifik (selain China) 80,400 95,600 -15.9 295,200 358,400 -17.6
Timur Tengah/Afrika 110,600 95,000 +16.5 382,300 359,300 +6.4
Keseluruhan 2,503,000 2,524,100 -0.8 9,027,400 9,239,500 -2.3

 

Penghantaran kepada pelanggan mengikut jenama

 

Jenama Kumpulan Okt - Dis 2024 Okt - Dis 2023 Perubahan (%) Jan - Dis 2024 Jan - Dis 2023 Perubahan (%)
Jenama Utama 1,888,400 1,843,500 +2.4 6,689,900 6,662,200 +0.4
Volkswagen Passenger Cars 1,400,200 1,382,600 +1.3 4,796,900 4,866,800 -1.4
Škoda 255,300 224,600 +13.7 926,600 866,800 +6.9
SEAT/CUPRA 136,100 127,300 +6.8 558,200 519,200 +7.5
Volkswagen Commercial Vehicles 96,800 108,900 -11.1 408,300 409,400 -0.3
Jenama Progressive 441,200 514,500 -14.3 1,692,500 1,918,900 -11.8
Audi 435,600 508,600 -14.3 1,671,200 1,895,200 -11.8
Bentley 3,300 3,500 -7.0 10,600 13,600 -21.5
Lamborghini 2,300 2,400 -3.9 10,700 10,100 +5.7
Jenama Sport Luxury 84,700 77,500 +9.3 310,700 320,200 -3.0
Porsche 84,700 77,500 +9.3 310,700 320,200 -3.0
Jenama kenderaan berat / TRATON 88,800 88,700 +0.1 334,200 338,200 -1.2
MAN 26,800 31,700 -15.4 95,700 115,700 -17.2
Volkswagen Truck & Bus 10,100 7,400 +36.1 45,800 37,100 +23.6
Scania 28,100 28,900 -2.6 102,100 96,600 +5.7
International 23,800 20,700 +14.8 90,600 88,900 +1.9
Kumpulan  Volkswagen 2,503,000 2,524,100 -0.8 9,027,400 9,239,500 -2.3

 

Penghantaran Kumpulan Volkswagen - BEV

 

Pasaran Okt - Dis 2024 Okt - Dis 2023 Perubahan (%) Jan - Dis 2024 Jan - Dis 2023 Perubahan (%)
Eropah 154,600 131,300 +17.7 447,900 472,400 -5.2
AS 12,300 20,800 -40.9 49,400 71,000 -30.5
China 59,300 74,700 -20.6 207,400 191,800 +8.1
Antarabangsa selain di atas 12,100 12,700 -5.1 40,100 35,800 +12.0
Keseluruhan 238,200 239,500 -0.5 744,800 771,100 -3.4

 

Penghantaran kepada pelanggan mengikut jenama - BEV

 

Jenama Kumpulan Okt - Dis 2024 Okt - Dis 2023 Perubahan (%) Jan - Dis 2024 Jan - Dis 2023 Perubahan (%)
Jenama Utama 166,300 170,500 -2.5 539,500 549,900 -1.9
Volkswagen Passenger Cars 111,900 120,600 -7.2 383,100 393,700 -2.7
Škoda 28,800 27,200 +5.8 79,600 81,700 -2.6
SEAT/CUPRA 16,900 13,000 +29.9 48,000 45,300 +6.0
Volkswagen Commercial Vehicles 8,700 9,700 -9.8 28,800 29,300 -1.6
Jenama Progressive 48,700 55,400 -12.1 164,500 178,400 -7.8
Audi 48,700 55,400 -12.1 164,500 178,400 -7.8
Bentley - - - - - -
Lamborghini - - - - - -
Jenama Sport Luxury 22,700 12,700 +77.9 39,100 40,600 -3.7
Porsche 22,700 12,700 +77.9 39,100 40,600 -3.7
Jenama kenderaan berat/ TRATON 600 900 -33.8 1,700 2,100 -17.2
MAN 350 410 -15.2 740 1,090 -32.4
Volkswagen Truck & Bus 20 50 -53.8 120 90 +31.2
Scania 80 60 +35.1 270 250 +8.1
International 150 390 -60.7 610 670 -8.5
Kumpulan Volkswagen 238,200 239,500 -0.5 744,800 771,100 -3.4

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Lamborghini Revuelto Opera Unica

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti sebelum ini, tiada lagi Tiguan Allspace dan model tiga baris tempat duduk…
Berita Global
  Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg)…
Berita Global
  Tahun 2024 merupakan tempoh sukar buat pengeluar kereta susulan persaingan sengit, peralihan…