Kurang laku, Ford hentikan penjualan Mustang EcoBoost di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Ford Eropah dilaporkan menghentikan penawaran model Mustang EcoBoost secara senyap-senyap, di mana ia kini tidak lagi disenaraikan di dalam laman web rasmi Ford di Jerman, Itali, Sepanyol dan Perancis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana angka jualan Ford Mustang dengan nadi empat silinder sebaris turbo 2.3 liter itu tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan Mustang V8 yang lebih berkuasa.

Malah di UK, Mustang EcoBoost hanya menyumbang 15 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Ford Mustang semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2015.

Menurut jurucakap Ford kepada Autocar, "penawaran Mustang kini tertumpu kepada model V8 sahaja, menggambarkan kehendak pelanggan dan melihatkan kepada kurangnya permintaan terhadap model Mustang 2.3 liter itu.

Jadi, apa yang ada adalah Mustang bernadikan enjin V8 5.0 liter, di mana dalam varian GT ia mampu menghasilkan angka output kira-kira 460 kuasa kuda dan 569 Nm.

Sementara itu, Mustang EcoBoost masih lagi ditawarkan di negara asal Amerika Syarikat, di mana enjin 2.3 liter turbo itu (310 hp/475 Nm) dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik 10 nisbah kelajuan.


Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…