Kurang pemandu - Grab beri amaran masa menunggu lebih lama pasca 12 Oktober

oleh Mohamad Hanif|
Tarikh 12 Oktober kian hampir tiba setelah kerajaan memberikan tempoh bertenang daripada pelaksanaan lesen pemandu e-hailing yang sepatutnya dilaksanakan pada 12 Julai yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Grab dalam satu kenyataan menjangkakan pengguna Grab sedia ada akan mengalami tempoh menunggu yang lebih lama berbanding kebiasaan akibat kekurangan pemandu yang berlesen. 

Ini lebih memberikan kesan yang ketara terutama ketika waktu puncak di mana permintaan yang tinggi tidak dapat ditampung oleh pemandu sedia ada. 

Walaupun dalam tempoh beberapa bulan yang diberikan, sehingga kini hanya 41 peratus sahaja pemandu Grab yang sudah pun mempunyai lesen PSV, manakala 24 peratus lagi masih dalam status menunggu. 

Dan daripada angka tersebut, selebihnya sudah pun mengibarkan bendera putih daripada terus berkhidmat sebagai pemandu Grab. 
 


Seperti biasa, Grab menyarankan kepada para pengguna Grab untuk melakukan beberapa perkara di bawah seperti:

  • menempah perkhidmatan dengan lebih awal
  • menggunakan perkhidmatan Grab di luar waktu puncak

 

Sumber: Grab Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, program itu diperkenalkan apabila terdapat laporan yang menyatakan golongan…
Berita Domestik
Itu cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana Grab didakwa menyalahgunakan kedudukan…
Berita Domestik
sumber gambar: Technave Terdapat beberapa kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini melibatkan…