Kurang teknologi anti-kecurian, Hyundai, KIA disaman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Peguam bandar Seattle memfail saman terhadap Hyundai Motor Co dan sekutunya Kia Corp susulan beberapa model kereta mereka tidak dilengkapi teknologi anti-kecurian, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pengeluar kereta itu pada Jumaat.


Menerusi saman yang difailkan di mahkamah persekutuan, peguam bandar Seattle, Ann Davison menggariskan kegagalan pembuat kereta dalam memasang teknologi anti-kecurian untuk beberapa model kenderaan hingga menyebabkan peningkatan kes kecurian kereta di Seattle dan wilayah lain.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Kes kecurian kereta keluaran Hyundai dan Kia dari 2021 hingga 2022, masing-masing meningkat sebanyak 503 peratus dan 363 peratus.

 

Sementara itu, Hyundai dan Kia melahirkan rasa kesal terhadap tindakan undang-undang di Seattle sambil memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan yang terjejas.

"Sebagai tindak balas kepada peningkatan kes kecurian yang menyasarkan kenderaan kami di Amerika Syarikat, Hyundai Motor America telah menghasilkan enjin immobiliser pada semua kenderaan yang dikeluarkan setakat November 2021.

 

"Di samping itu, syarikat telah mengambil beberapa siri tindakan untuk menghalang kecurian kenderaan, termasuk kemas kini perisian dan ia bakal tersedia pada bulan depan serta diberikan kepada pelanggan tanpa sebarang cas tambahan,” menurut Hyundai dalam satu kenyataan.

 

Kia merancang untuk meningkatkan perisian bagi kebanyakan kenderaan yang terjejas menjelang pertengahan 2023.

 

 

Agensi