"Enam suspek lelaki warga tempatan ditahan susulan hasil dari pemantauan serta operasi yang telah dijalankan.
"Kesemua suspek yang ditahan berumur sekitar 22 hingga 51 tahun," katanya.
Menurut kenyataan itu, operasi dijalankan berikutan aduan orang awam tentang berlakunya aktiviti kutipan duit parkir haram.
"JSPT menerima aduan berkaitan aktiviti kutipan parkir secara haram yang semakin rancak dilakukan oleh beberapa kumpulan atau individu di sekitar Kuala Lumpur.
"Tangkapan ke atas semua suspek terlibat dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Menurut JSPT, Kesemua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
"JSPT KL sentiasa komited dalam membasmi salahlaku dan jenayah jalanan serta akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di sekitar Kuala Lumpur.
"Orang ramai disaran agar mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya yang telah sedia ada serta mengelakkan dari melakukan aktiviti yang tidak sihat yang boleh menggugat keharmonian bersama," katanya.