Kutipan tol SUKE fasa 2 kini bermula

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai Fasa 2 bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) kini bermula setelah 2 minggu ia ditawarkan secara percuma.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempoh kadar percuma itu ditawarkan serentak pada tarikh pembukaannya pada 12.01 am, 16 Jun hingga 11.59 pm, 29 Jun, malam tadi.

Bermula 12.01 tengah malam, 30 Jun, kutipan di Plaza Tol Alam Damai bermula dengan kadar yang sama seperti di dua lagi plaza tol Lebuhraya SUKE, iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang.

Berikut merupakan kadar kutipan mengikut setiap kelas kenderaan:

kutipan tol

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Oleh itu, pengguna disarankan agar memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya SUKE.

Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga persimpangan Cheras-Kajang.

 

2

 

Melalui pembukaan Fasa 2 SUKE, pengguna kini boleh memanfaatkan keseluruhan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 km dari Sri Petaling ke Ulu Kelang.

Pembukaan Fasa 2 melengkapkan objektif utama Lebuhraya SUKE untuk mengurangkan kepadatan trafik khususnya di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

 

4

 

Ia dijangka untuk membantu menampung sebabagian trafik yang lazimnya melalui MRR2 dan memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang sehingga 25 minit, berbanding 75 minit melalu i laluan sedia ada.

Secara keseluruhan, projek Lebuhraya SUKE telah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 99.54 peratus, dimana satu lagi persimpangan iaitu Jalan Surus Jalan Alam Damai masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya…
Berita Domestik
Laluan sepanjang 24.4 km itu bakal melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE yang bermula dari Sri…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan…