Kymco CV-L6 2024 muncul di EICMA 2023 - skuter kembara 550 cc, 51 hp

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran tahunan EICMA 2023, pengeluar skuter Taiwan Kymco telah memperlihatkan beberapa buah model motosikal baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.
 

kymco


Seperti yang anda lihat, Kymco CV-L6 ini menggandingkan elemen penggayaan yang terdapat pada motosikal kembara seperti panel badan yang agresif, cermin penghadang angin yang tinggi dan ruang storan besar ke dalam badan skuter.

Selain itu, binaan badan yang ringan dan ketinggian pelana yang lebih rendah menjadikan CV-L6 ini sesuai ditunggang oleh semua pihak.
 

CV-L6



Difahamkan, CV-L6 ini dikuasakan oleh enjin 550 cc sejukan cecair yang sama digunakan pada skuter maxi AK 550, dengan hamburan kuasa setinggi 51 hp.

Sistem gantungan terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, sementara sistem brek pula menggunakan rotor brek berkembar di hadapan diikuti rotor brek tunggal di belakang.
 

kymco


Berdasarkan imej skrin paparan, skuter CV-L6 ini turut didatangkan dengan ciri moden seperti sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kawalan cengkaman yang boleh dimatikan, fungsi kawalan jelajah, serta sokongan sambungan kepada peranti pintar menerusi Bluetooth.

Untuk mereka yang gemar melakukan perjalanan jauh, Kymco CV-L6 ini boleh dipasangkan dengan kotak simpanan barang Givi pada bahagian sisi dan belakang.