KYOSHO MINI-Z series Neo Classic Racer, Honda S660 dalam bentuk RC!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI-Z series Neo Classic Racer
MINI-Z series Neo Classic Racer
Kepada peminat kereta kawalan jauh (RC), ini ada produk terbaru dari Honda Access Co., Ltd. dan Kyosho Co., Ltd. iaitu MINI-Z series "Neo Classic Racer".

Kereta RC yang merupakan replika Honda S660 ini ditawarkan pada 29 April 2022 di laman web Honda Access dan PayPay Mall.

Honda S660 diperkenalkan pada 2015 dan Honda Access seperti biasa mengeluarkan pelbagai aksesori Modulo dan model Modulo X.

Pada Ogos 2018 Neo Classic KIT ditawarkan secara rasmi dan projek ini sebenarnya bermula beberapa tahun lebih awal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Neo Classic Racer
Honda Neo Classic Racer

 

Ianya adalah projek pengkomersialan Neo Classic Concept yang memenangi anugerah tertinggi pertandingan kereta ubah suai Pameran Kenderaan Tokyo 2016.

Honda S660 dalam kit klasik memang menarik!

Selepas ditawarkan pada Ogos 2018, Honda pada Januari membawa Neo Classic Racer ke Pameran Kenderaan Tokyo 2019.

Walaupun bersaiz kecil, RC keluaran Kyosho Co., Ltd. ini dibuat teliti seperti model sebenar. 

Neo Classic Racer menggunakan pacuan semua roda AWD dan model ini untuk drift sahaja.

MINI-Z series Neo Classic Racer

Berikut ialah ciri teknikal Neo Classic Racer:

  • Model skala 1/27.
  • Panjang 150 mm, lebar 70 mm tinggi 50 mm.
  • Jarak roda 50 mm.
  • Lebar tayar depan dan belakang 59.5 mm.
  • Lebar offset roda depan dan belakang +1.5mm.
  • Menggunakan kawalan  Syncro KT-531P 
MINI-Z series Neo Classic Racer

Berikut pula kandungan set Neo Classic Racer:

  • Unit kereta.
  • Kawalan radio Syncro KT-531P 2.4GHz.
  • Gear pinan 15T, 17T, 19T, 21T.
  • Gear 27T, 19T, 31T.
  • Nut gantian roda.
  • Alat buka pinan.
  • Tayar drift.
  • Perengkuh roda.
  • Dan sebagainya.
MINI-Z series Neo Classic Racer

Berkenaan harga, RC Neo Classic Racer dijual pada  25,300 yen (RM917) dan tempahan boleh dibuat pada 14 Januari 2022.

Pembeli yang membuat tempahan awal akan menerima bekas pameran khas dan dihadkan sebanyak 200 unit sahaja.

Oh lupa! Bagi menggerakkan Neo Classic Racer ini anda memerlukan empat bateri AAA dan jumlah sama untuk alat kawalan jauh.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

MINI-Z series Neo Classic Racer

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Set yang dijual lengkap dengan casis, tayar drift dan penghantar (transmitter) dan pemilik…