Lada Niva Legend 2024 kembali dengan ciri ABS, enjin Euro 5, dari RM47k di Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin dalam dunia masa kini, Toyota Land Cruiser 70 Series merupakan model yang susah untuk dimatikan.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off-road yang masih lagi bertahan sehingga kini - Lada Niva dari negara Rusia.
 

lada niva


Diproduksikan secara besar-besaran sejak dari tahun 1977 lagi (Land Cruiser 70 series wujud tahun 1984), Lada Niva kini telah diberikan kemaskini spesifikasi oleh AvtoVAZ supaya selari dengan perkembangan semasa.

Dari segi rupa, tidak banyak perbezaan yang dibuat, namun Lada Niva kini dibekalkan dengan ciri keselamatan seperti brek anti-kunci (ABS) setelah fungsi tersebut dibuang buat sementara waktu sebelum ini akibat sekatan yang dikenakan terhadap Rusia.
 

niva


Biarpun masih lagi mengekalkan rupa paras klasik, Lada Niva kini tampil dengan enjin yang telah dikemaskini supaya dapat memenuhi piawaian emisi Euro 5, berbanding enjin Euro 2 yang digunakan sejak 1996 lagi.

Nadi bersesaran 1,690 cc itu berupaya menjana kuasa setinggi 83 hp @ 5,000 rpm dan daya kilas 129 Nm @ 4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.
 

niva travel


Untuk makluman, Lada Niva juga kini ditawarkan dalam bentuk badan yang lebih moden, iaitu Niva Travel.

Untuk model yang lebih moden ini, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik termasuklah kawalan jelajah, komputer trip, kluster instrumen bercahaya, rim dua tona dan ciri keselamatan program kestabilan elektronik (ESP).

Enjin 1.7 liter yang sama turut dibekalkan pada Niva Travel, dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 10.2 liter untuk setiap 100 km.

Lada Niva versi klasik ini dijual pada harga bermula dari 927,500 ruble (RM47,302) sementara Lada Niva Travel pula bermula dari 1,215,000 ruble (RM61,965).

 

Lada Niva Travel