LaFerrari Aperta khas dilelong bagi tujuan kebajikan

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ferrari bukan sahaja jenama kereta supercar untuk orang-orang berada, tetapi ia juga suatu jenama yang perihatin tentang orang-orang yang kurang bernasib baik.

 

Sempena ulangtahun Ferrari yang ke-70, ia akan melelong sebuah LaFerrari Aperta unik untuk tujuan sumbangan kepada badan kebajikan Save the Children. 

 

LFA-1

 

Acara lelongan ini akan berlangsung pada 9 September, semasa aktiviti jualan “Leggenda e Passione” yang dianjurkan bersama RM Sotheby’s, iaitu organisasi lelongan yang berprestij. 

 

Ia akan diadakan di litar Fiorano, iaitu litar kepunyaan syarikat Ferrari di Itali. 

 

LaFerrari Aperta ialah model edisi terhad yang dibuat untuk meraikan ulangtahun ke-70 penubuhan syarikat Ferrari. Ia adalah versi bumbung terbuka supercar hibrid Ferrari, yang mengabungkan prestasi luarbiasa dengan keseronokan pemanduan bumbung terbuka. 

 

LFA-2

 

Bagi tujuan lelongan ini, Ferrari telah menampilkan warna menarik dinamakan Rosso Fuoco dan jalur kembar Bianco Italia pada bonet depan dan belakang. 

 

LFA-3

 

Ruang dalamnya pula penuh dengan kemasan balutan kain mewah alcantara dan permukaan bahan gentian fiber serta selitan dan jahitan kulit merah. 

 

Semua hasil kutipan akan didermakan kepada badan kebajikan Save the Children, bagi membantu mereka yang mahu tetapi kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berikutan risiko kebakaran yang bakal menimpa sesetengah pemilik, Ferrari Amerika Utara membuat…
Berita Domestik
Sekarang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk melihat atau membeli model-model terbaharu…
Berita Domestik
Roda belakang yang turut boleh digerakkan mengikut kadar pusingan stereng roda depan, badan kereta…