Lagenda rali Walter Rohrl ditemukan semula dengan 924 Carrera GTS yang direstorasikan oleh Porsche!

oleh Mohamad Hanif|
Walter Röhrl merupakan salah seorang daripada lagenda sukan rali yang masih lagi bernafas sehingga kini, dan beliau lebih dikenali sebagai pemandu yang bertanggungjawab mengendalikan Lancia 037 ketika era Rali Group B menentang Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak ramai yang mengetahui susuk tubuh berbangsa Jerman itu sebenarnya pernah berlumba di dalam sebuah Porsche pada tahun 1981, lebih tepat lagi Porsche 924 Carrera GTS.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-74, Porsche membawakan hadiah istimewa berupa jentera rali tersebut yang telah direstorasikan sendiri oleh Porsche!

 


Menurut Walter Röhrl, "jentera ini telah berjaya membukakan pintu kepada Porsche, pada saya ia satu kembara ke zaman lampau. Serta-merta saya rasa 40 tahun lebih muda."

Beliau menggunakan jentera Porsche 924 Carrera GTS selama satu musim pada tahun 1981, dan masalah mekanikal tidak menghalang beliau daripada menghabiskan perlumbaan di tempat kedua secara keseluruhan.

Dengan pembantunya Christian Geistdörfer, Walter Röhrl berjaya memenangi empat perlumbaan rali pada tahun itu termasuklah kejayaan di Serengeti Safari Rally.

 


Walaupun menggunakan asas daripada 924 GTS, jentera Walter Röhrl ini sebenarnya merupakan satu daripada sembilan unit prototaip pra-produksi tanpa memiliki nombor bersiri kilang.

Di bawah jagaan Porsche Museum selama 40 tahun, jentera rali bersejarah ini memiliki kondisi yang cemerlang, di mana pemeriksaan ringkas mendapati enjin dan unit pengecas turbo KKK 26 masih lagi mampu beroperasi dengan baik.

Proses restorasi jentera ini berjalan dengan baik walaupun beberapa komponen pakai lusuh perlu ditukar seperti sistem pengedaran bahan api.

Sumber: Porsche