Lagi isu penyelewengan data dikesan - Hiace, Hilux antara 10 model global yang terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Skandal penipuan yang sebelum ini melibatkan Daihatsu kini melarat kepada sebuah lagi syarikat di bawah Toyota, iaitu Toyota Industries Corporation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota Motor akan menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 buah model diesel termasuklah Land Cruiser 300 Series, Hilux dan juga HiAce.

Hasil siasatan menemukan penyelewengan yang dibuat terhadap ujian penentuan output kuasa kuda bagi tiga model enjin diesel yang dibangunkan oleh Toyota Industries.

Menurut Toyota, prestasi output kuasa kuda enjin tersebut telah diukur menggunakan perisian ECU yang berbeza berbanding apa yang digunakan untuk kenderaan produksi massa, supaya nilai akhir yang diukur itu tampak lebih lancar dan kurang variasi.

Pengeluar itu turut mengesahkan model kenderaan yang telah dipasarkan dengan tiga jenis enjin diesel tersebut telah memenuhi standard piawaian prestasi, dan para pemilik sedia ada boleh terus menggunakan kenderaan tersebut tanpa sebarang masalah.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, Toyota tetap membuat keputusan untuk menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 model yang terjejas.

Enjin yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
 

Toyota

Sumber: Nikkei Asia, Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
Kementerian Pengangkutan Jepun bersedia untuk mengambil tindakan kawal selia pada bulan ini…
Berita Global
Sementara itu, di dalam industri penerbangan, Toyota menerusi cabang Toyota Industries Corporation…