Lagi kes kenderaan halang laluan ambulans dikesan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Mercedes-Benz A-Class dengan nombor pendaftaran Singapura dikesan sengaja tidak memberikan laluan kepada ambulans, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku jam 4.37 petang kelmarin di laluan menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar.

Biarpun ambulans dari pusat perubatan swasta itu sudah pun menyalakan lamu isyarat dan membunyikan siren, A-Class berwarna hitam itu dilihat tidak memberikan laluan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan untuk tampil menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

"Belum ada individu yang membuat laporan polis lagi. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh tampil supaya siasatan dapat dijalankan," katanya dihubungi hari ini.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…