Lagi kes pemalsuan data Takata ditemui, kali ini libatkan tali pinggang keledar!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar komponen keselamatan automotif dari Amerika Syariakt, Joyson Safety Systems (JSS) menemukan bukti lebih 1,000 kes pemalsuan data ujian tali pinggang keledar dari dua kilang Takata yang diambil alih baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, Joyson telah menjalankan siasatan terhadap kilang Takata di Jepun dan Filipina pada Oktober 2020, di mana kes tersebut dikatakan berlaku sebelum mereka mengambil alih kedua-dua kilang tersebut.

Hasil siasatan mendapati terdapat data ujian terhadap penggunaan bahan dalam tali pinggang keledar dewasa dan tempat duduk kanak-kanak telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan undang-undang dan juga pengeluar.

JSS telah pun menghantar laporan berhubung siasatan yang dijalankan terhadap kementerian pengangkutan Jepun.

Namun begitu, berdasarkan pemeriksaan semula terhadap struktur anyaman tali pinggang keledar mendapati tiada sebarang isu keselamatan dikesan, dan disebabkan itu tiada kempen panggil semula dijalankan.

 


Kesemua 12 pengeluar automotif yang menerima bekalan tali pinggang keledar dari Takata juga memutuskan untuk tidak melakukan sebarang pemeriksaan.

Bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang, JSS bakal memperkenalkan penggunaan sistem elektronik yang mampu menghalang data daripada dipalsukan, selain memperkenalkan tatacara kerja baharu untuk kedua-dua kilang tersebut.

Takata memfailkan permohonan bankrap pada tahun 2017 selepas kempen panggil semula terbesar di dalam industri automotif melibatkan beg udara, dan sejak tahun 2013, majoriti pengeluar utama telah pun mengadakan kempen panggil semula bagi menukarkan unit beg udara yang terjejas.

Sayang sekali, masih lagi terdapat kematian akibat beg udara Takata dilaporkan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Antara model  yang terlibat termasuklah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015…
Berita Global
Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu…