Lagi perincian Hyundai Ioniq 5 - 310 hp, jarak operasi 510 km, pengecasan ultra pantas 232 kW!

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Hyundai telah mendedahkan beberapa imej teaser model yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Ioniq 5 tanpa sebarang perincian spesifikasi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, laman web Motor1 telah berjaya mendapatkan butiran lanjut di mana ia merupakan tangkap layar daripada slide persembahan kepada para pengedar baru-baru ini.

Berdasarkan informasi yang diperoleh, Hyundai Ioniq 5ini bakal membawakan trenkuasa dalam konfigurasi pacuan roda belakang atau pacuan semua roda (AWD), dengan angka output mencecah 310 kuasa kuda.

Sistem pengecasan Ioniq 5 pula menampilkan pengecasan ultra pantas 232 kW di mana ia mampu mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja, selain menyokong pengecasan dua hala V2L.

 


Kapasiti pek bateri tidak dinyatakan, namun menurut slide itu lagi Ioniq 5 mampu bergerak sejauh 510 km mengikut data kitaran WLTP.

Sebagai sebuah crossover elektrik, Ioniq 5 mampu menawarkan ruang kabin yang amat luas, terima kasih kepada jarak antara roda sepanjang 3,000 mm, tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya dan kapasiti kargo yang mampu mencecah 600 liter.

Untuk gambaran ruang yang lebih jelas, Toyota Alphard memiliki jarak antara roda sepanjang 3,000 mm.

 


Selain daripada itu, antara kelengkapan termaju yang dimuatkan termasuklah skrin digital 12.3 inci, sistem paparan head-up bersaiz 44 inci dengan ciri realiti terimbuh (Augmented Reality), dan sistem pemanduan autonomi tahap kedua yang dipertingkatkan.

Hyundai Ioniq 5 akan diperlihatkan secara rasmi menjelang bulan hadapan, dan maklumat penuh berkenaan model ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Jelajah tersebut bermula di Singapura, kemudian melalui Malaysia, Thailand, Kemboja dan tiba di…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…