Lagi perincian penawaran Hyundai Kona 2020 didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Hyundai-SDM membuka tempahan untuk model crossover baharu, rakan media automotif Wapcar telah berjaya mendapatkan spesifikasi penuh Hyundai Kona - dipercayai tertiris lebih awal sebelum sempat ia dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan spesifikasi tersebut, Hyundai Kona 2020 bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, dengan dua pilihan enjin yang berbeza.

Versi asas akan mendapat enjin 2.0 liter MPI yang mampu menghasilkan 150 PS dan daya kilas 180 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

 

sumber: Wapcar


Versi tertinggi pula akan menerima nadi 1.6 liter turbo T-GDI yang lebih berkuasa, dengan angka output 177 PS dan 265 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Antara kelengkapan asas yang terdapat pada Hyundai Kona adalah lampu halogen projektor, roda aloi bersaiz 17 inci, enam beg udara, serta sistem infotainmen 7 inci yang menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Masuk kepada versi pertengahan, Kona 2.0 Mid menerima kelengkapan tambahan lampu utama projektor LED, lampu belakang LED, rim aloi bersaiz 18 inci, skrin paparan head-up serta ciri keselamatan Pemantauan Titik Buta (BSD).

 


Satu-satunya varian turbo Kona 1.6 T-GDI High pula mendapat kelengkapan yang lebih menyeluruh seperti Hyundai SmartSense, merangkumi ciri seperti Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCW), Kawalan Pelayaran Pintar (SCC) dan Bantuan Suluhan Tinggi Pintar.

Tidak syak lagi Kona versi Turbo ini bakal menjadi salah satu SUV segmen B dengan kelengkapan yang terbaik di dalam kelasnya.

Namun, harga jualan untuk versi paling lengkap pula masih lagi tidak diketahui, memandangkan Hyundai hanya menyebut harga jualan untuk Kona bermula dari RM11x ribu.

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…
Informasi
Sebagai seorang pemilik EV, jujur saya katakan ia tidak boleh menggantikan terus kenderaan utama…