Lagi racun wagon Audi RS6, kali ini dari MTM dan Mansory

oleh Mohamad Hanif|
Audi RS6 Avant merupakan antara model wagon pantas yang anda masih boleh dapatkan di pasaran, ditambah dengan rupa yang garang dan praktikaliti yang masih boleh diharapkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah beberapa contoh modifikasi telah kami naikkan sebelum ini, namun kali ini penala MTM telah bekerjasama dengan Mansory bagi menghasilkan sebuah Audi RS6 Avant yang mampu membuatkan kepala anda menoleh beberapa kali apabila terserempak di jalanan.
 

Audi


Dari rupa luaran, ia merupakan hasil kerja tangan daripada Mansory yang turut merangkumi quad tip ekzos, spoiler berkembar, rim bersaiz 22 inci dan tidak ketinggalan skup hud berkembar.

Tidak cukup dengan itu, Mansory turut menawarkan naiktaraf aspek aerodinamik dengan menggunakan bahan gentian karbon.
 

Audi


Kemasan hitam menguasai segenap ruang termasuklah logo empat cincin Audi depan dan belakang, tayar dan juga angkup brek yang cukup besar itu.

Khidmat MTM diperlukan bagi menala semula nadi V8 turbo berkembar, di mana enjin 4.0 liter itu telah diberikan modifikasi tahap kedua (Stage 2) supaya berupaya menghamburkan kuasa setinggi 820 hp dan 1,167 Nm.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sekitar kurang tiga saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…