Lakaran digital Nissan Z NISMO 2023 diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Z 2023 mungkin sekali kereta sports terakhir tulen dari jenama Jepun - pacuan roda belakang, transmisi manual, dan enjin pembakaran dalaman asli tanpa sebarang bantuan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam laporan terdahulu oleh BestCarWeb, Nissan juga dikatakan turut merancang untuk membawakan varian Z yang lebih berkuasa seperti contoh Z Nismo dan Z GT4.

Sehingga kini, tiada sebarang versi ujian Nissan Z yang lebih pantas dikesan, namun anda boleh bayangkan rupa paras Nissan Z Nismo berdasarkan lakaran digital yang dihasilkan oleh artis wataru_FD2.

 


wataru_FD2 membawakan elemen-elemen rekaan yang terdapat pada Nissan 370Z Nismo, serta Nissan GT-R Nismo bagi menjadikan Nissan Z 2023 ini jauh lebih garang.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah merendahkan jarak kelegaan tanah, serta pemasangan rim rekaan Nismo lima jejari berwarna hitam.

Selain daripada itu, beliau juga turut melakukan pengubahsuaian terhadap rupa kereta sports ini dengan penambahan splitter hadapan yang agresif, skirt sisi, serta angkup brek di mana kesemuanya didatangkan dalam warna merah.
 

Nismo Z


Dari segi kuasa, Nissan berkemungkinan besar akan mendatangkan talaan khusus terhadap enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar itu supaya mampu menghamburkan kuasa melebihi output standard (400 hp/475 Nm).

Setakat ini Nissan masih lagi belum mendedahkan garis masa yang sesuai untuk pengenalan varian Z yang lebih berkuasa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…