Lakaran digital Proton Saga Knight versi futuristik diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Proton Saga Knight merupakan antara model ikonik Proton yang kekal menjadi buah mulut kebanyakan peminat dan pencinta sejati jenama automotif pertama negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Saga juga kini sudah pun memasuki generasi ketiga dengan reka bentuk yang jauh lebih moden, namun bagaimana pula jika rekaan asal Proton Saga diterapkan semula dalam penghasilan model generasi baharu?

Rekaan yang dipaparkan ini merupakan hasil kerja daripada bekas pereka Proton yang kini bekerja di MIMOS, iaitu Saharudin Busri.
 

Saga


Hasil rekaan digital Proton Saga Knight ini banyak diinspirasikan daripada model asal Saga Knight itu sendiri, diikuti dengan konsep Proton Savvy dan juga Proton Suprima X dari tahun 2017.

Dari segi rupa luaran, ia masih lagi mengekalkan reka bentuk kekotakan seperti model Saga Knight, namun unit lampu utama telah diberikan sentuhan yang lebih moden dengan jalur LED yang melintangi bahagian tersebut, diikuti lampu membelok berbentuk L yang diposisikan semula.
 

Saga


Rekaan sisi Saga ini menampilkan decal asal Saga Knight berwarna jingga, merah dan kelabu, diikuti dengan arka roda bersegi.

Sementara bahagian belakang Saga Knight ini pula mengikut rentak yang dibawakan dari hadapan, dengan pemasangan jalur LED yang melintang yang menghubungkan jalur LED menegak - penghormatan buat rekaan lampu Saga Knight yang asal.
 

Saga


Bagi kami, rekaan futuristik Proton Saga Knight ini amat sesuai untuk diaplikasikan sekiranya Proton mula menceburi bidang penghasilan kereta elektrik yang lebih mampu milik, dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti pengendalian Proton yang cemerlang di atas jalan raya Malaysia yang tak terbilang lubangnya ini.

Apa pula kata pembaca?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added…
Berita Domestik
Menurut rakan media Funtasticko, model konsep ini dihasilkan khusus untuk sesi webinar reka bentuk…
Berita Global
Menurut pakar-pakar IT, syarikat kenderaan pada masa hadapan bukan lagi terdiri dari jenama-jenama…