Menurut ketua unit rekaan Kia Karim Habib, "Kia Carens 2022 merupakan cerminan sebenar terhadap apa yang pelanggan mahukan daripada sebuah kenderaan dengan tiga baris tempat duduk.
Jika sebelum ini Kia Carens (Naza Citra) lebih dikenali membawakan bentuk MPV, namun berdasarkan lakaran yang didedahkan Kia Carens kini menampilkan elemen SUV dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, serta cladding plastik pada arka roda.

Rupa hadapan Carens menampilkan rekaan lampu utama terpisah, di mana bahagian atas lebih kepada lampu nyalaan siang (DRL) yang agresif, sementara unit lampu utama pula berada di bahagian bawah.
Di bahagian sisi, rekaan tiang A, B dan C sengaja digelapkan bagi mencipta efek bumbung terapung.
Unit lampu belakang pula dihubungkan menerusi satu jalur dengan logo Kia terkini, manakala rekaan bampar pula menempatkan hiasan bergaya aluminium.

Berdasarkan lakaran, Kia Carens 2022 dilihat membawakan jarak antara roda yang lebih panjang, menjadikan ruang kabin yang jauh lebih luas sementara ruang dalaman pula menempatkan roda stereng yang dipinjamkan daripada model Seltos, dengan rekaan papan pemuka yang jauh lebih moden.