Laluan bas awam, bas kilang berasingan untuk kurang kesesakan di Causeway

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan negeri merancang untuk melaksanakan laluan yang berbeza untuk bas yang membuat perjalanan ke arah Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Causeway bagi mengurangkan kesesakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Menurut pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan Badri berkata, pelan tersebut akan memerlukan bas kilang menggunakan pintu masuk daripada Jalan Lingkaran Dalam untuk ke BSI. 

Manakala bas awam pula akan menggunakan pintu masuk daripada lebuhraya EDL. 

"Kami akan melaksanakan fasa percubaan selama tiga bulan bermula 16 Oktober sehingga 15 Januari 2020, jika cubaan ini berjaya, kami akan melaksanakannya," ujar beliau ketika dihubungi. 

Terdahulu, Solihan telah melakukan lawatan mengejut terhadap laluan bas di BSI di mana beliau turut sama mengedarkan notis terhadap laluan baharu bas kepada operator bas. 

"Kami akan memberikan notis kepada pengendali bas berkenaan laluan baharu yang akan dilaksanakan. Lebih ramai polis bantuan dan anggota Rela akan dikerahkan untuk mengawal laluan trafik di sana kelak," tambah beliau lagi. 

Sehingga kini, terdapat kira-kira 533 buah bas awam dan 920 bas kilang berdaftar yang melalui pusat pemeriksaan di Causeway setiap hari. 

Sumber: NST