Laluan darat Malaysia-Singapura dibuka serentak pembukaan sempadan

oleh SALINA JALIL|
Laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan tarikh pembukaan sempadan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.


Nancy berkata, ia membolehkan rakyat dari republik berkenaan melancong ke negara ini sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersiap sedia dan sentiasa bersedia (menerima pelancong dari luar negara). Semua kita akan buka sekali,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama penggiat industri di sini pada Isnin.

 

Laluan sempadan darat sangat sinonim dengan Johor dan Singapura kerana pelancong dari republik itu lebih memilih melalui jalan darat kerana sudah terbiasa selain jarak yang dekat dan mudah.

 

Sabtu lalu, Perdana Menteri dilaporkan mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

 

Sebelum ini, pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua dibuka serentak dengan VTL udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November tahun lalu.

 

Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…