Laluan darat Singapura-Johor Bahru dibuka 29 November

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Negeri Johor mengumumkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.


Berita gembira itu disahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memaklumkan keputusan diambil hasil perbincangan yang turut memutuskan perjalanan darat itu hanya merangkumi sempadan pas jangka panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Saya ada berita baik untuk dikongsikan, kita telah mengadakan komunikasi dengan pihak berkuasa masing-masing di kerajaan Persekutuan dan negeri yang telah sahkan perjalanan darat akan dibuka 29 November ini.

 

“Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang, semua untuk mereka yang bekerja di Singapura atau yang bekerja di Johor Bahru.

 

“Kerajaan Persekutuan mempertimbang membuat perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru dengan kemudahan yang serupa seperti ditawarkan Changi ke KLIA,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Four Points By Sheraton Desaru, Johor. 

 

Terdahulu media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, Malaysia dan Singapura akhirnya dapat memulakan kembali perjalanan rentas sempadan melalui udara menggunakan VTL mulai 29 November ini. 

 

 

Beliau yang menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan, perkara itu berikutan kedua-dua negara ini telah mencapai kemajuan yang baik dalam pemberian vaksin dan menguruskan wabak Covid-19. 

 

Dalam pada itu, Hasni berkata, laluan sempadan darat sangat sinonim dengan Johor dan Singapura kerana pelancong dari negara republik itu lebih memilih melalui jalan darat kerana telah terbiasa selain jarak yang dekat dan mudah.

 

 

UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…