Laluan Gua Musang-Kota Bharu bahaya?

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Luahan dari seorang pembaca di Kosmo telah menarik perhatian kami di Careta. Dengan mengguna nama pena, Perantau tertekan Kerinchi, Kuala Lumpur, beliau menceritakan pengalaman pemanduan beliau semasa musim cuti sekolah baru-baru ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peluang cuti persekolahan baru-baru ini telah memberi ke­sempatan untuk kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan.

 

Ternyata perjalanan yang sebelum ini memakan masa sehingga lapan jam telah disingkatkan kepada enam jam selepas sebahagian Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) sudah boleh digunakan.

 

Namun sebahagian lebuh raya tersebut hanya di bahagian ne­geri Pahang bermula dari Bentong sehinggalah beberapa kilometer bahagian Gua Musang.

 

Menjengah Gua Musang, ter­nyata jalan raya kecil yang menjadi laluan utama ke Kelantan yang digunakan saban tahun oleh perantau masih menghadapi kekurangan.

 

Ada lagi sebahagian jalan raya yang tidak mempunyai garisan atau garisannya yang langsung tidak kelihatan.

 

Bagi saya itu amat membaha­yakan pemanduan terutamanya ketika malam dan hujan lebat yang boleh mengancam nyawa pengguna.

 

Bila agaknya lebuh raya CSR di bahagian negeri Kelantan akan disiapkan? Penggunaan jalan utama Gua Musang-Kota Bharu sememangnya menjadi tumpuan penduduk negeri ini.

 

Saya berharap pihak berwajib serta kerajaan negeri Kelantan cakna dengan keadaan ini dan jangan memberi alasan dengan menyatakan laluan tersebut hanya digunakan setahun sekali pada musim perayaan.

 

Diminta agar pihak terlibat yang bercakap sedemikian cuba melalui jalan utama tersebut dan rasakan sendiri kekurangan yang ada.

 

Kami di Careta berpendapat bahawa apa yang telah dinyatakan ada kebenarannya, isu keselamatan yang melibatkan nyawa pengguna jalan raya tidak boleh dipandang rendah kerana nyawa tidak boleh dibeli! Semoga pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah. 

 

 

Kosmo