Laluan Jalan Batang Kali-Genting ditutup selama setahun - KKR

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: NST
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan mengumumkan penutupan laluan Jalan Batang Kali-Genting selama setahun sebelum ia boleh dibuka semua kepada orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, sepanjang tempoh tersebut pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya. 

Jelasnya lagi, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

"Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun," katanya.

Wan Ahmad Uzir menambah, pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.

"Ia juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar," katanya.

Beliau berkata, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.

"Tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu.

"Kita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan," katanya.

Sumber: Berita Harian