Laluan kontra di LPT1 diaktifkan

oleh Penyumbang Rencana|
Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad mengumumkan pengaktifan laluan kontra dari Kilometer (KM) 123.10 hingga ke KM124.70 ke arah Kuantan bermula Khamis (hari ini).

Ia bertujuan meminimumkan gangguan aliran trafik utama untuk kerja-kerja projek tebatan banjir di LPT1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengaktifan sistem ini adalah disebabkan beberapa skop kerja kritikal, antaranya penambakan laluan utama dan kawasan sekitarnya serta menaikkan tahap ketinggian laluan sedia ada.

“Skop kerja ini akan melibatkan 14 kawasan yang telah dikenalpasti di laluan utama di dalam Right of Way (RoW) lebuhraya tersebut.

“Sungguhpun laluan ini akan melibatkan penutupan penuh lebih raya dari KM123.10 hingga ke KM124.70 ke Kuantan, namun pengaktifan lorong ini akan diubah mengikut kesesuaian dan keperluan trafik semasa”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, ANIH Berhad telah memberikan taklimat berkenaan maklumat projek dan perkembangan fasa projek tebatan banjir kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempena lawatan kerja beliau pada 19 Julai lalu bagi meninjau keadaan kerja-kerja di tapak KM124, arah Barat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ANIH Berhad, semenjak pembukaan laluan lebuh raya LPT1, empat kejadian banjir telah berlaku iaitu pada tahun 2007, 2014, Januari 2021, dan Disember 2021 hingga menyebabkan laluan ditutup kepada semua jenis kenderaan selama beberapa hari.

“Keseluruhan projek yang dijangka mengambil masa empat tahun ini meliputi kerja-kerja menaikkan paras permukaan jalan berdasarkan paras banjir tertinggi yang direkodkan di LPT1 dan membina selenggaraan tambahan di kawasan terjejas untuk mengelakkan air masuk ke laluan utama.

“Para pengguna dinasihati untuk merancang perjalanan mereka dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi. Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran ANIH TV serta saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook,” jelasnya. 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Di KSAB terdapat 24 kaunter keluar (menuju Singapura) dan 24 kaunter masuk (menuju Malaysia).…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Informasi
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan…