Laluan rel Thailand akan disambung ke jaringan keretapi laju Laos-China

oleh HEZERI SAMSURI|
Thailand akan menyambungkan jaringan rel negara itu ke laluan rel Laos-China bagi meningkatkan perhubungan perdagangan antara tiga negara tersebut.

Ia juga akan memberi peluang kepada Thailand untuk menjadi hab logistik bagi wilayah tersebut.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut laporan Nikkei Asia, State Railway of Thailand (SRT) sedang bekerjasama dengan Lao National Railway Authority bagi persediaan untuk membukan jaringan rel Thai-Laos secara rasmi bulan hadapan.

Sambungan itu akan menyambungkan laluan keretapi pertama antara Thailand dan China.

Rangkaian rel Thailand akan bermula dari Bangkok dan melalui Udon Thani serta Nong Khai di sempadan, sebelum bersambung dengan rangkaian rel Laos dia Vientiane.

Thailand juga percaya gabungan sistem rel ini bukan hanya akan meningkatkan perdagangan antara ketiga negara-negara itu, tetapi akan membantu mengembangkan industri pelancongan.

Sistem keretapi laju Laos-China beroperasi sejak Disember 2021 dan menjadikan perjalanan dari Vientiane ke Kunming, bandar di selatan China dilakukan dalam hanya 15 jam.

Sebelum ini, lori-lori komersil akan mengambil masa dua hari untuk perjalanan yang sama.

Laporan penuh di Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Campuran itu bertujuan untuk menyediakan sumber bahan api alternatif untuk kenderaan. Dijalankan…
Informasi
"Ini adalah penambahbaikan yang kita buat untuk penumpang dari KL ke Ipoh selaras dengan projek…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…