Lamborghini Aventador SVJ dan McLaren 765LT kantoi salah guna parkir EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sepasang supercar, Lamborghini Aventador SVJ dan McLaren 765LT dikesan telah menyalahgunakan parkir di stesen pengecas Tesla Supercharger di Australia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua supercar itu dikesan menggunakan parkir di stesen Runaway Bay, Gold Coast pada 28 Mei, dimana foto tersebut telah dikongsikan di PlugShare, sebuah laman web popular yang menunjukkan lokasi stesen pengecas EV.

Individu yang mengambil foto itu dilaporkan bercakap dengan pemilik McLaren dan Lamborghini tersebut, dimana mereka menyangkaan tempat letak kereta itu boleh dikongsi dengan bukan EV.

Sememangnya alasan yang lemah, namun tempat pengecas itu sebenarnya memang tidak memiliki sebarang papan tanda yang menyatakan bahawa kereta pembakaran dalaman (ICE) tidak boleh meletakkan kereta di situ.

 

2

 

Jika di Malaysia, sedangkan tempat pengecas yang memiliki papan tanda peringatan turut disalah gunakan, inikan pula tanpa sebarang papan tanda peringatan.

Insiden terbaharu salah guna parkir itu berlaku hanya beberapa bulan selepas beberapa negeri dan wilayah Australia mengumumkan denda untuk pemilik kereta ICE yang didapati diletakkan di ruang pengecasan EV.

 

3

 

Menurut laporan dari The Driven, pemilik kenderaan dengan enjin petrol atau diesel yang menggunakan parkir khas untuk mengecas EV akan dikenakan saman sehingga AUD2,875 (RM8,708).

Salah guna parkir tersebut digelar sebagai "ICEing" dimana kenderaan berenjin petrol atau diesel menyalahgunakan parkir khas untuk EV, dan ia sememangnya satu masalah yang kerap dialami pemilik EV termasuk di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada ketika itu, terdapat beberapa contoh modifikasi menarik di mana ada sesetengah pemilik yang…
Berita Global
Mercedes-AMG GT Black Series 2021 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu kini menjadi jentera…
Berita Global
Dihasilkan di bawah motto "satu kereta untuk setiap dekad", Mansory Cabrera hanya ditawarkan…