Lamborghini berjaya hasilkan 10,000 unit Urus!

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini baru-baru ini meraikan pencapaian di mana syarikat yang berasal dari Sant'Agata Bolognese itu kini berjaya menghasilkan 10,000 unit SUV Urus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit yang ke-10,000 itu dilayangkan dengan warna Nero Noctis Matt yang merupakan warna baharu untuk SUV tersebut, serta hadir dengan pakej gentian karbon penuh dan warna dalaman dua tona.

Menurut Lamborghini lagi, SUV Urus itu akan dihantar ke pelanggan yang menetap di Russia, di mana ia merupakan salah satu pasaran penting buat Lamborghini Urus secara khususnya.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada awal tahun lalu, Lamborghini telah mengedarkan kira-kira 8,205 unit SUV tersebut untuk tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

Untuk tahun 2019, jumlah jualan Urus adalah sebanyak 4,962 unit, atau penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini.

Baca: Lamborghini Urus Pearl Capsule

Baca: SUV Lamborghini LM002

Baca: Lamborghini Urus ST-X

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…