Lamborghini bukan untuk dijual - VW Group

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Lamborghini, Volkswagen Group dalam satu kenyataan menegaskan mereka tidak akan sekali-kali menjual jenama supercar Itali itu.

"Lamborghini bukan untuk dijual, noktah," ujar wakil jurucakap Audi, subsidiari Volkswagen yang bertanggungjawab mengawal jenama pengeluar supercar itu.

"Audi AG dan Volkswagen Group tidak sekali-kali mempertimbangkan tawaran (dari Quantum Group)."

Terdahulu, terdapat beberapa laporan yang menyebut Quantum Group menawarkan kepada Volkswagen untuk membeli jenama Lamborghini beserta fasiliti Sant'Agata Bolognese dengan nilai mencecah €7.5 bilion (RM38 bilion).

Menurut laporan daripada Autocar, firma pelaburan tersebut bercadang untuk mengekalkan pengurusan sedia ada, selain mencipta peluang 850 kerjaya dengan menubuhkan pusat inovasi di Jerman.

Setakat ini, Quantum Group tidak memberikan sebarang respon berhubung isu ini.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula Januari hingga Jun 2022, Lamborghini telah berjaya mengedarkan sebanyak 5,090 unit…
Berita Domestik
  Menerusi video tular di media sosial, wanita itu mahu menunjukkan kepada pengguna jumlah bayaran…
Berita Global
Sesetengah kita mungkin berpendapat ia sebuah model retro moden yang menarik perhatian, dan ada…