Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang digunakan sebagai prop di dalam filem komedi The Cannonball Run arahan Hal Heedham.

Unit Countach berwarna hitam ini merupakan salah satu daripada 105 unit supercar Series Two yang dibina antara tahun 1979 hingga 1981, dimana tidak seperti model Series One, model dari Series Two dikenali dengan beberapa ciri seperti rekaan roda cekung, serta suspensi yang lebih rendah.
Countach LP 400 S ini datang dengan enjin 4.0 liter bentangan V12 yang menghasilkan 353 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.

Pemilik asalnya pada ketika itu membenarkan jentera hitam Nero ini digunakan untuk penggambaran filem The Cannonball Run yang diinspirasikan daripada perlumbaan merentas negeri yang sebenar dengan jarak sejauh kira-kira 4,677 km yang perlu ditempuh.
Serentak dengan itu, pihak Hagerty turut mengumumkan acara Cars at the Capital yang akan berlangsung pada 3 hingga 30 September ini di National Mall, Washington DC di mana ia akan menampilkan setiap kenderaan yang tersenarai di dalam NHVR, termasuklah mesin masa DMC DeLorean serta sebuah Dodge Challenger RT S/E 'Black Ghost' 1970.

Senarai penuh kenderaan yang dimasukkan ke dalam National Historic Vehicle Registration boleh dilihat menerusi pautan di INI.
Berikut merupakan sedikit sedutan filem The Cannonball Run yang diterbitkan pada tahun 1981 yang turut menampilkan beberapa buah kereta menarik termasuklah Rolls-Royce Silver Shadow dan Aston Martin DB5.
Sumber: Hagerty