Lamborghini Countach LP 500 buat kemunculan di Litar Vizzola Ticino

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperlihatkan buat kali pertama bertempat di Concorso d’Eleganza Villa d’Este, Lamborghini membawakan model Countach yang telah dibina semula itu di litar Vizzola Ticino.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut turut dihadiri bukan sahaja oleh rakan kerjasama yang berusaha menjadikan projek ini satu realiti, malah ia juga turut dihadiri sendiri oleh individu (peminat dan pengumpul) yang menugaskan projek pembinaan semula model Countach yang bersegi ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Lamborghini Countach LP 500 ini dibina semula berdasarkan dokumentasi yang dikumpul dan diperoleh daripada pelbagai pihak, termasuklah Pirelli yang sudi menghasilkan kembali tayar jentera ini mengikut spesifikasi dan reka bentuk asal!
 

Countach LP 500


Dikendalikan oleh divisyen Lamborghini Polo Storico, pembinaan semula model supercar bersegi ini mengambil masa kira-kira 25,000 jam dan dipantau oleh unit Lamborghini Centro Stile bagi memastikan kualiti serta hasil kerja yang diperlihatkan adalah terjamin.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi bersama Automobili Lamborghini, Pirelli yang memiliki litar Vizzola Ticino ini menjadikan litar tersebut sebagai tapak untuk menguji hasil kerja restorasi kereta klasik ini.

Malah, pemilik Countach LP500 ini turut diberikan penghormatan untuk merasai pemanduan di dalam litar ini selama beberapa pusingan, sebelum acara penyerahan dilangsungkan.
 

Countach


Lamborghini Countach LP500 berwarna kuning ini akan dipamerkan di MUDETEC Museum, Sant'Agata Bolognese sehingga 15 November ini, bersama-sama casis tubular LP 400, model produksi kedua LP 400 dan juga 5000 Quattrovalvole.

Sehingga kini, Lamborghini masih belum mendedahkan siapakah pemilik sebenar LP 500 ini, serta harga kos komisyen pembinaan jentera ikonik ini.

Baca: Supercar lagenda Lamborghini Countach LP 500 kembali~!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada 11 Mac 1971 di Pameran Kenderaan Geneva, Lamborghini Countach LP 500 berwarna kuning…