Lamborghini Countach, permulaan DNA reka bentuk Lamborghini hingga kini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Countach
Lamborghini Countach
Lamborghini sentiasa hadir dengan model-model yang ekspresif dan menyerlah. Satu perkara tentang reka bentuk Lamborghini ialah karakternya masih berpegang pada identiti yang sama.

Apa yang dilihat hari ini sebenarnya bermula lima puluh tahun dahulu atau lebih tepat pada Lamborghini Countach.

Lima puluh tahun dan gaya Countach membentuk model-model seterusnya sehingga Aventador, Huracán, Sián, dan SUV Urus. 

Satu daripada identiti utama Countach ialah bahagian depan yang rendah dan lebar dengan garisan pepenjuru (diagonal) pada hud dan diulang pada bahagian enjin belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Countach

Satu lagi identiti pada model itu ialah bentuk bahagian penumpang yang rendah dan bersegi dan bersama cermin depan yang landai dibawa pada model-model selepasnya. 

Selain itu, potongan cermin sisi juga merupakan karakter sebuah Lamborghini.

Di sini jelas identiti sebuah Lamborghini dan menariknya tidak sama dengan Ferrari walaupun kedua-dua berada dalam segmen sama.

Bukan setakat itu, anda tidak akan tertukar Lamborghini dengan jenama eksotik lain seperti Koenigsegg, Pagani atau model-model lain kerana Lamborgini ialah Lamborghini.

Karakter pada Countach masih dibawa sehingga kini dan bayangkan ia masih kekal walapun sudah berusia lima puluh tahun.

Apa yang dibawa oleh Countach ialah gaya futuristik yang mendahului zaman pada era 70an. 

 

Lamborghini Design DNA

 

Tahun 70an juga menyaksikan peralihan dari satu era ke era lain dan pencapaian penting dunia seperti perlumbaan ke angkasa, kemajuan teknologi, pembangunan komputer, fesyen dan jet pesawat (Jet Age).

Kesemua elemen ini yang membawa pengaruh besar kepada pereka Countach iaitu Marcello Gandini.

Countach juga mustahil untuk berjaya jika tidak kerana tokoh ternama Ferruccio Lamborghini yang berdiri teguh di sebalik projek revolusi ini.

Pengaruh Countach begitu kuat sehingga sekarang dan tidak terbayang identiti Lamborghini tanpa Countach.

Tahukah anda berapa lama Countach di pasaran? Dari tahun 1974 sehingga tahun 1990 sebelum digantikan sebuah lagi model ikonik iaitu Lamborghini Diablo.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Lagi bacaan menarik tentang Lamborghini: Ini sejarah Lamborghini Diablo, 325 km/j pada tahun 1990!

 

Lamborghini Countach

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…