Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini adalah pengeluar kereta eksotik dari Itali yang bermula sebagai pembuat traktor. Ia bersaing rapat dengan Ferrari dan alangkah indahnya jika kedua-dua jenama ini dapat bersaing dalam perlumbaan Formula Satu. Ia pasti akan menjadi perlumbaan epik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika disoroti sejarah, Lamborghini pernah terlibat dalam Formula Satu dari tahun 1989 hingga 1993 sebagai pembekal enjin kepada beberapa pasukan seperti Lotus dan Minardi. Paling hampir Lamborghini menyertai sebagai pembekal casis dan enjin ialah pada musim 1991 dan ia bertahan semusim sahaja.

Penyertaan itu terlipat dalam sejarah dan tiada yang jelas setakat ini. Namun suatu yang menarik apabila bekas Prinsipal Pasukan Formula Satu Ferrari iaitu Stefano Domenicali kini menerajui Lamborghini.

 

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Kumpulan VW sehingga kini hanya berminat dengan Formula E melalui penyertaan pasukan Audi. 

Walaupun tidak bersaing dalam Formula Satu, Lamborghini pada zaman pemilikan Kumpulan VW (melalui Audi) tidak pernah gagal dalam menghasilkan pelbagai model-model menarik dan menggiurkan.

Tidak salah jika dikatakan ini lah era Lamborghini yang paling berjaya. Buktinya lihat sahaja jumlah Lamborghini di pelbagai benua, dari Asia hingga ke Timur Tengah begitu banyak pemilik jenama ini. 

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Masa depan Lamborghini dijangka akan terus gemilang apabila SUV kedua dalam sejarahnya bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Mujurlah Lamborghini pernah menghasilkan SUV dahulu, jika tidak ia adalah senario yang janggal untuk pengeluar eksotik mengeluarkan kenderaan sebegini.

Sebelum Lamborghini Urus, Diablo, Murceliago atau Aventador, pengeluar ini mempunyai satu model yang ikonik iaitu Countach. Melalui sebutan sahaja sudah melambangkan sesuatu dan catchy.

Countach bermaksud Heaven! dan merupakan bahasa Roman bagi penduduk Piedmont di Itali.

Berikut ialah sejarah Lamborghini Countach 

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Lamborghini Countach mula dihasilkan dari tahun 1974 sehingga tahun 1990. Iya, model ini berada 16 tahun di pasaran sebelum digantikan dengan model Diablo pada tahun 1990. Sepanjang kitaran tempoh produk, kereta ini telah dikeluarkan sebanyak 2,049 unit. 

Countach direka oleh Marcello Gandini dari studio Bertone, individu dan studio yang sama mereka bentuk model Miura sebelum itu.

Suatu yang menarik tentang Countach ialah reka bentuknya mempelopori bentuk baji (wedge) dengan sudut-sudut tajam yang banyak digunakan pada kereta eksotik hari ini.

Countach turut mempopularkan konsep rekaan 'cab-forward' di mana tempat duduk pemandu ditolak ke hadapan bagi memuatkan enjin yang besar di belakang.

 

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Enjin dan transmisi

Kereta dengan pacuan roda belakang ini dikuasakan oleh enjin Lamborghini V12. Untuk pembahagian berat yang baik, enjin ini dihalakan ke belakang dengan aci (shaft) di depan dan kotak gear di hadapan enjin.

Aci pacu (driveshaft) melalui bawah sump enjin kepada differential pada bahagian belakang.

Countach versi awal menggunakan enjin 4.0 liter dari Miura. Model seterusnya seperti LP400 dan LP 400 S menggunakan enjin 3929 cc dan model LP 500 Smenggunakan enjin 4754 cc.

Kemuncak enjin ialah pada model 500 QV, 25th Annniversary dengan enjin Quattrovalvole 5167 cc (Empat injap setiap silinder).

Kesemua enjin Countach menggunakan enam karburator Weber kecuali model 500 QV dengan tekknologi suntikan bahan api K-Jetronic dari Borsch.

Countach menggunakan transmisi lima kelajuan manual. Kenapa tidak transmisi automatik? Maafkan saya, apa tu?

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Siri model

Sepanjang 16 tahun pengeluarannya (19 tahun jika dikira dari model konsep), Countach mempunyai pelbagai model termasuk versi prototaip dan juga model khas yang ditempah pelanggan.

Model-model kereta eksotik ini ialah Countach LP400, Countach LP400 S, Countach LP500 S, Countach LP Turbo S, Countach 5000 Quattrovalvole, 25th Anniversary Countach dan Walter Wolf Countach (tempahan khas).

Lamborghini 25th Anniversary Countach

Gambar yang dipaparkan dalam artikel ini ialah model 25th Anniversary Countach. Menariknya ia berwarna perak dan bukanlah pilihan popular berbanding merah, kuning atau hitam untuk sebuah kereta eksotik sebegini.

Model ini direka semula oleh Horacio Pagani, iya individu yang sekarang ini merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pagani Automobili S.p.A. 

Model ini dikeluarkan sempena ulangtahun ke-25 syarikat iaitu pada tahun 1988.

Model ini mempunyai spesifikasi mekanikal yang hampir serupa dengan model 5000 QV tetapi perbezaan paling ketara ialah pada penggayaannya.

Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman
Lamborghini Countach - Seni reka bentuk mendahului zaman

Paling jelas kelihatan ialah saluran udara pada bahagian belakang dengan pelbagai perubahan pada badan kereta termasuk komponen baharu untuk tujuan aerodinamik dan juga penyejukan enjin.

Walau bagaimanapun perubahan tersebut kurang digemari ramai pada masa itu dek kerana ciri-ciri yang hampir sama dengan Ferrari Testarossa. Bayangkan jika anda berada di dua kem berbeza dan pesaing anda mempunyai rekaan hampir sama?

Namun model ini tetap mendapat sambutan dengan pengeluaran sebanyak 658 unit sepanjang tiga tahun penjualan iaitu dari 1988 hingga 1990. Model ini adalah versi terakhir Countach sebelum digantikan dengan Diablo.

Oh sebelum itu cantik kan rim dan roda model ini? Tahukah anda tayar yang digunakan ialah berukuran 345/35R15. Iya roda 15 inci. Diameter sama seperti Proton Iriz.

Model 25th Anniversary Edition bukan setakat versi terakhir malah ia adalah model paling sempurna dan pantas dalam barisan Lamborghini Countach. Ia mampu memecut dari kosong sehingga 97 km/j dalam masa 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 295 km/j.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …