Dinamakan sebagai Urus ST-X, ia merupakan hasil buah tangan daripada divisyen permotoran Lamborghini Squadra Corse dan dibangunkan berdasarkan SUV standard Urus.
Urus ST-X diserikan dengan layangan warna hijau Verde Mantis dan bakal menampilkan set rim jenis kekunci pusat.
Bagi menjadikan SUV ini mampu bertahan di dalam medan perlumbaan, Lamboghini telah memasang sangkar keselamatan yang menepati piawaian FIA, sistem pemadam kebakaran dan tangki bahan api FT3.
Namun, kerja keras telah dibuat pada keseluruhan struktur casis di mana Urus ST-X kini mempunyai berat sekitar 1,649 kg, 25 peratus lebih ringan berbanding Urus standard badak.
Kuasa pula masih kekal dengan unit nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menjana 641 kuasa kuda dan 850 Nm daya kilas, namun Lamborghini masih belum mendedahkan prestasi sebenar akibat pengurangan berat badan Urus ST-X ini.