Lamborghini Huracan Super Trofeo EVO2 - jentera lumba V10 dengan pengaruh Countach!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tujuh tahun sejak pengenalan rasmi jentera lumba V10 Huracan Super Trofeo, dan tiga tahun selepas pelancaran versi EVO, Lamborghini akhirnya memperlihatkan kemaskini kedua yang dinamakan sebagai Huracan Super Trofeo EVO2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihasilkan khusus untuk kegunaan kejuaraan Super Trofeo, model EVO2 ini bakal menonjolkan aksi sebenar pada musim perlumbaan 2022.

 


Sepanjang pembangunan, pihak Lamborghini Squadra Corse menitikberatkan aspek aerodinamik EVO2 supaya menjadi lebih baik berbanding model EVO.

Dari segi penampilan, Lamborghini telah mendatangkan unit lampu utama LED yang lebih nipis pada bahagian depan dan belakang lengkap dengan tema heksagon jenama tersebut.

Elemen daripada Huracan Super Trofeo Omologata diperlihatkan menerusi rekaan lip spoiler hadapan yang bergabung dengan sirip gentian karbon, sementara liang kemasukan udara hadapan direka baharu supaya aliran udara dioptimasikan lebih baik berbanding model terdahulu.

 


Sementara bahagian belakang pula menampilkan sayap belakang yang agresif, serta elemen rekaan yang diinspirasikan daripada Countach boleh didapati pada bahagian lampu belakang.

Fender belakang pula diperbuat daripada elemen tunggal yang menampilkan seksyen spoiler sisi.

Sistem pemberhentian jentera V10 ini mendapat rotor brek yang lebih besar, iaitu 390 mm di bahagian hadapan (10 mm lebih besar berbanding Huracan Evo), sementara angkup brek pula telah dimodifikasikan dengan pad yang lebih besar.

 


Dari segi kuasa, Huracan Super Trofeo EVO2 ini mengekalkan nadi 5.2 liter bentangan V10 aspirasi natural yang menghasilkan 612 kuasa kuda yang memacu roda belakang menerusi transmisi sekuential enam kelajuan.

Harga jualan jentera lumba EVO2 ini bermula dari €250,000 (RM1,263,711), namun bagi mereka yang telah pun membeli jentera EVO boleh menukarkan penampilan kepada spesifikasi EVO2 yang boleh didapati bermula tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …