Lamborghini pilih Bridgestone sebagai pembekal tayar rasmi untuk model Huracan STO

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar supercar Itali Lamborghini telah memilih jenama tayar terkemuka Bridgestone sebagai pembekal rasmi tayar kepada jentera Lamborghini Huracan STO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar Potenza berprestasi tinggi yang dibina khusus untuk Huracan STO itu berupaya untuk memaksimumkan cengkaman, pengendalian, kawalan serta prestasi ekstrem secara keseluruhannya.

Kunci yang digunakan oleh Bridgestone adalah kombinasi rekaan benang tayar tidak simetri bertujuan untuk respon stereng yang dipertingkatkan, serta kestabilan ketika mengambil selekoh.

Struktur mahkota dalaman pula memastikan tekanan yang dikenakan ke atas jalan raya lebih sekata ketika di selekoh.

Ciri yang disebutkan di atas, digandingkan dengan kompaun bunga yang serba baharu membantu membawakan prestasi litar Huracan STO untuk kegunaan jalan raya biasa.

 


Disebabkan wabak pandemik COVID-19, Bridgestone telah menjalankan proses pembangunan tayar baharu ini secara digital dengan mengintegrasikan ciri kelakuan tayar, dan persekitaran maya ke dalam simulasi pemanduan maya.

Hasilnya, proses pembangunan tayar Potenza ini lebih efisien tanpa mengakibatkan impak yang besar kepada alam sekitar.

Menurut Steven De Bock selaku VP Consumer Replacement and OE, Bridgestone EMIA berkata, "adalah menjadi satu penghargaan apabila dapat bekerjasama dengan Lamborghini baut pertama kali, di mana Huracan STO merupakan hasil kejuruteraan yang sangat menakjubkan, dan memerlukan tayar khas yang mampu menampung potensi penuh jentera ini.

Produksi Lamborghini Huracan STO akan bermula pada tahun 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …