Lamborghini rekod jualan 1H 2022 terbaik, Urus masih model paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Automobili Lamborghini berterusan mencatatkan prestasi positif untuk tahun 2022 dengan meraih rekod baharu sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula Januari hingga Jun 2022, Lamborghini telah berjaya mengedarkan sebanyak 5,090 unit kenderaan atau peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, model SUV Urus masih lagi menjadi model yang paling laris terjual merangkumi 61 peratus, sementara bakinya disumbangkan oleh supercar Huracan dan Aventador.
 

huracan


Di peringkat global, 41 peratus daripadanya disumbangkan oleh rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika), diikuti pasaran Amerika (34 peratus) dan Asia Pasific (25 peratus).

Pasaran Amerika Syarikat merupakan pasaran nombor satu dengan angka jualan 1,521 unit, diikuti China, Hong Kong dan Macau (576 unit), Jerman (468 unit), United Kingdom (440 unit) dan Timur Tengah (282 unit).

Bermula Ogos ini, Lamborghini bakal memperkenalkan tiga produk baharu, di mana dua daripadanya merupakan varian kepada model Urus, diikuti dengan sebuah model Huracan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…