Lamborghini Revuelto 2024 rasmi - supercar V12 PHEV berkuasa 1,001 hp

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada pengganti Aventador, kini mahu dikenali dengan nama Lamborghini Revuelto 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Revuelto disifatkan sebagai sebuah High Performance Electrified Vehicle (HPEV), di mana ia menampilkan penggunaan trenkuasa hibrid yang mampu menjana kuasa setinggi 1,001 hp!

Unit pacuan kuasa itu terdiri daripada nadi bentangan V12 6.5 liter serba baharu (813 hp @ 9,250 rpm, 725 Nm) yang digandingkan dengan tiga motor elektrik, sistem transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan serba baharu, dan sistem pacuan semua roda.
 

V12


Dari segi prestasi, Revuelto 2024 ini mampu mencapai kelajuan 100 km/j dari pegun dalam masa 2.5 saat sahaja, sementara 0-200 km/j pula dalam masa kurang tujuh saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 350 km/j.

Disebabkan ia sebuah supercar plug-in hybrid, Revuelto juga mampu menawarkan pemanduan sifar emisi, terima kasih kepada pek bateri yang sangat kecil itu (kapasiti 3.8 kWh).

Pek bateri itu tadi boleh dicas selama 30 minit menggunakan kuasa 7 kW, atau dalam tempoh enam minit dengan menggunakan nadi V12 sebagai penjana kuasa.
 

V12


Dengan menggunakan dua motor elektrik yang memacu gandar depan (e-axle) berkuasa 180 hp, Revuelto boleh bergerak hampir 10 km dalam mod senyap tanpa setitik minyak.

Di mana letaknya motor elektrik ketiga? Lamborghini menjelaskan unit yang ketiga itu disumbatkan di dalam kotak gear yang disebutkan tadi, dimana keseluruhan kotak gear itu telah diposisikan di belakang enjin bagi memberikan ruang kepada pek bateri yang dipasang pada terowong 'transmisi'.

 

Revuelto


Rekaan luaran Revuelto banyak diinspirasikan daripada jet pejuang dan elemen aeroangkasa, di mana anda boleh melihat tema huruf Y pada grafik lampu depan dan belakang, profil sisi, diikuti dengan kemasan pada papan pemuka.

Malah, Lamborghini sendiri menggelarkan pemandu dan penumpang Revuelto sebagai 'juruterbang' dan 'pembantu juruterbang'.

Rekaan pintu gunting yang wujud sejak daripada model Countach turut dikekalkan pada model Revuelto ini.
 

V12


Tidak cukup dengan itu, Lamborghini turut menerapkan elemen aerodinamik seperti kehadiran splitter hadapan, sirip sisi di belakang tayar hadapan, reka bentuk bumbung berceruk, diikuti dengan struktur diffuser yang agresif dan sayap aktif di bahagian belakang.

Sayap aktif itu tadi boleh dilaraskan secara automatik, atau tiga mod manual untuk daya turun minimum atau maksimum.

Menurut Lamborghini, sistem yang disebutkan itu tadi mampu menjana daya turun 66 peratus lebih tinggi berbanding model Aventador Ultimae, sekaligus menjadikan Revuelto 61 peratus lebih cekap.

Memastikan Revuelto ini melekat baik di atas jalan ialah penggunaan tayar Bridgestone Potenza Sport (265/35R20 depan, 345/30R21 belakang).
 

revuelto


Untuk ruang kabin, Lamborghini menyediakan sehingga tiga skrin berasingan, di mana pemandu mendapat skrin digital 12.3 inci, diikuti dengan skrin menegak 8.4 inci di bahagian tengah, serta sebuah lagi skrin tirus bersaiz 9.1 inci untuk penumpang.

Tidak cukup dengan itu, Revuelto menyediakan sehingga 13 mod pemanduan termasuklah:

  • Citta - pemanduan dalam bandar, sifar emisi, 180 hp
  • Strada - pemanduan yang selesa dalam bandar menggunakan nadi V12, kuasa sehingga 876 hp
  • Sport - terbahagi kepada tiga mod berasingan (Recharge, Hybrid, Performance), kuasa sehingga 895 hp
  • Corsa - hamburan kuasa penuh 1,001 hp

Buat pertama kali, Lamborghini Revuelto mendapat kelengkapan keselamatan lengkap termasuklah amaran keluar lorong, sistem pemantauan titik buta, kawalan jelajah adaptif dan amaran lintasan trafik belakang.
 

revuelto


Lamborghini Revuelto akan dilancarkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini sebagai model tahun 2024 di Amerika Syarikat, dan harga jualan hanya akan diumumkan kelak.

Baca: Perincian trenkuasa Lamborghin LB744

Baca: Casis Monofuselage Lamborghini LB744

Berita Berkenaan

Berita Global
  Opera Unica adalah hasil kerja bahagian tempahan khas Ad Personam dan Lamborghini Centro Stile…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Fung…
Gaya Hidup
Chronograph ini menerima tauliah dari Poinçon de Genève dan juga Bureaux Suisses de Contrôle…