LAMBORGHINI SUPER TROFEO - ENJIN V10 BUAT SEPANG MENJERIT!

oleh Firdaus Razani|
Pada 3 hingga 5 Mei 2024 lalu, Perlumbaan anjuran Lamborgini Squadra Corse, Lamborghini Super Trofeo Asia (LSTA) telah memulakan musim baharu untuk tahun 2024 di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Perlumbaan LSTA tersebut menggunakan jentera Lamborghini sememangnya khas untuk perlumbaan atas trek sahaja, iaitu Huracán Super Trofeo EVO2 yang telah diperkenalkan sejak 2022.

 

lamborghini

 

Huracán Super Trofeo EVO2 dinadikan dengan enjin V10 5.2-liter naturally aspirated, maka dengan enjin tersebut ia memberi suasana yang amat mengujakan, terutama sekali bagi peminat motorsport.

Litar Sepang memang dikenali sebagai sebuah litar yang paling menarik, paling mencabar bagi setiap perlumbaan yang pernah diadakan di sini, tidak kira perlumbaan dua roda atau empat roda.

 

lamborghini

 

Penulis yang juga pertama kali berada di Paddock Litar Sepang dan gridwalk, teruja saksikan dengan lebih dekat jentera Huracán Super Trofeo EVO2.

 

lamborghini

 

Tambahan itu, penulis turut berpeluang untuk berada di sekitar trek dan dibeberapa selekoh dan sektor untuk lihat lebih dekat aksi perlumbaan yang penuh dengan adrenaline.

 

lamborghini

 

Perlumbaan tersebut menyaksikan beberapa kategori seperti Pro Class, Pro-AM Class, AM Class dan Lamborghini Cup bersaing dalam format Sprint Race untuk dua perlumbaan, pada Sabtu dan Ahad.

Pusingan seterusnya, perlumbaan LTSA akan beraksi di Litar The Bend di Australia sebagai pusingan kedua kejuaraan pada 7 hingga 9 Jun 2024.

 

Terima Kasih Lamborghini di atas peluang dan pengalaman yang paling menarik sepanjang hidup, untuk mendekati jentera lumba Lamborghini dan mendengar kemerduan enjin V10 NA..

 

lamborghini