Nampaknya, Lamborghini sedar akan kelompongan itu dan mereka membuat keputusan untuk membina sebuah super SUV, menerusi divisyen sukan permotoran mereka, Squadra Corse.
Lamborghini Urus ST-X dibina berdasarkan Lamborghini Urus yang popular dan bakal digunakan dalam siri perlumbaan one-make merangkumi litar tarmac dan off-road yang diperakui oleh FIA di Eropah dan Timur Tengah.
Urus telah menjalani program diet, membolehkan Urus ST-X menerima peralatan seperti sangkar keselamatan, sistem penindasan kebakaran, dan tangki bahan api FT3 dengan berat badan keseluruhan 25% lebih ringan berbanding berat asal 2,200 kg.
Dengan berat badan yang lebih ringan, tiada keperluan bagi Lamborghini Squadra Corse menala enjin asal bentangan V8 650 kuasa kuda dan 860 Nm daya kilas tersebut, sebaliknya mereka hanya mengubah sistem kemasukan udara yang lebih besar.
Dari segi luaran, Urus ST-X ini menerima layangan warna mantis-green, hud enjin gentian karbon, sayap belakang yang agresif untuk sebuah SUV, tip ekzos heksagon serta rim bersaiz 21 inci.
Lamborghini Urus ST-X ini bakal bersedia untuk membelah litar menjelang tahun 2019 manakala siri perlumbaan one-make tersebut akan bermula pada tahun 2020.