Lampu LED Matrix Ranger - umpama mata kumpuan serangga!

oleh HEZERI SAMSURI|
Trak pikap kini menjadi pilihan ramai sebagai jentera untuk kerja dan juga beriadah, terutama kepada mereka yang mempunyai gaya hidup aktif dan lasak.

Lebih lasak dari SUV, trak pikap memungkinkan mereka untuk meredah lebih jauh ke kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang akan hanya dimimpikan oleh pemandu SUV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, kenderaan 4-wheel-drive (4WD) tidak bermaksud ia kurang dari segi keselesaan dan ciri-ciri "high-tech". Di sini, kami senaraikan 10 sebab bagaimana Ford Ranger generasi baharu ini ialah trak pikap paling canggih, malah lebih canggih dari SUV atau kereta pada harga yang sama juga.

1. Ranger - pikap pertama dengan lampu LED Matrix

  • Lampu LED Matrix ialah umpama mata kumpuan pada serangga - berbelas mata di dalam satu himpunan untuk membentuk sepasang mata utama.
  • Pada waktu malam, perisian komputer menggunakan kamera pada cermin hadapan untuk melihat kenderaan lain dan mematikan lampu-lampu LED yang akan menyilaukan pemandu lain.
  • Ini membolehkan lampu tinggi terus kekal menyinari kawasan gelap yang lain, seperti papan tanda jalan di sebelah kiri dan juga kawasan luar selekoh untuk membantu pemandu Ranger melihat lebih jauh.
  • Ciri ini selalunya hanya wujud pada kenderaan di atas paras harga RM200,000 tetiba kini dipasang pada trak pikap Ranger.
  • Jika anda sering memandu jauh di sebelah malam, lampu LED Matrix adalah satu fungsi yang anda akan benar-benar hargai!

 

 

2. Meter jarum? Tak main la!

  • Meter fizikal konvensional yang sering ada di dalam trak pikap dibuang dan Ford meletakkan satu skrin digital sebesar 8-inci sebagai paparan instrumen Ranger baharu.
  • Ia bukan sahaja membolehkan pemandu memilih informasi yang mahu dilihat, ia lengkap dengan animasi dan grafik yang realistik.
  • Informasi, grafik dan animasi itu juga bertukar menurut mod pemanduan yang dipilih bagi memudahkan pemandu melihat data yang diperlukan sahaja.
  • Malah, Ranger juga adalah trak pikap pertama di dalam negara kita yang mempunyai kluster instrumen secanggih ini.

3. Sistem komunikasi SYNC 4A - ketersambungan khusus untuk telefon pintar anda

  • Jika anda biasa dengan sistem Apple CarPlay atau Android Auto, sistem SYNC 4A pergi lebih jauh dari itu.
  • Contohnya, ia membolehkan informasi dari telefon pintar anda dipaparkan bukan hanya pada skrin sesentuh utama, ia juga dipaparkan pada kluster instrumen di depan anda.
  • Dan dengan sistem ketersambungan nirwayar, anda tidak perlu menyerabutkan pemandangan dengan kabel pengecaj!

 

 

4. Skrin besar seperti Tesla?

  • Ya, Ranger generasi baharu hadir dengan skrin sesentuh sebesar 10.1-inci atai 12-inci, bergantung kepada varian.
  • Ia panjang ke bawah seperti sebuah tablet, kerana mahu memberikan anda paparan peta perjalanan yang lebih mudah dibaca, dan membolehkan ruang bawah memaparkan butang-butang utama bagi fungsi lain seperti pendingin hawa atau kawalan hiburan.
  • Skrin ini sahaja cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja ternganga kerana tidak pernah wujud trak pikap di dalam negara dengan skrin sesentuh sebesar dan selengkap ini.

5. Tidak berserabut dengan butang-butang

  • Ya, Ranger ini mempunyai ratusan fungsi yang boleh dikawal oleh pemandu tetapi penggunaan skrin sesentuh yang pintar membolehkan papan pemukanya tidak dilitupi oleh ratusan butang-butang halus.
  • Skrin sesentuh itu mempunyai beberapa "mukasurat" bagi memaparkan fungsi-fungsi khusus. 
  • Contohnya, satu butang akan membawa anda ke skrin "off-road" di mana anda boleh meninjau pacuan keempat-empat roda, sudut stereng, kecuraman kenderaan, sudut oleng dan pelbagai kawalan fungsi "off-road" yang lain!

 

 

6. Umpama ada rakan peninjau ketika offroad

  • Fungsi kamera 360-darjah bukan hanya berguna ketika parkir, tetapi dengan kamera berdefinisi tinggi, ia juga sangat berguna ketika meredah semak samun dan hutan belukar. 
  • Tidak ada titik buta pada Ranger ini kerana kamera-kamera disekeliling trak itu membolehkan pemandu melihat ke semua sudut.
  • Lihat video kami di YouTube Careta-TV di mana kami memandu uji Ranger ini dilaluan "offroad" di Thailand.

7. Brek parkir ghaib

  • Penggunaan brek parkir elektrik membolehkan ia disambung terus ke sistem pemanduan Ranger baharu.
  • Ini bermakna jika transmisi masuk ke mod D, brek parkir diturunkan sendiri dan anda cuma tekan pedal pendikit untuk memulakan perjalanan.
  • Mudah kerana satu lagi fungsi penting yang anda tak perlu runsing kerana Ranger ini mampu membuatnya sendiri!

 

 

8. Caj tanpa wayar

  • Apalah gunanya Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar jika anda masih perlukan kabel untuk mengecaj telefon pintar anda.
  • Oleh itu, Ford memasang sistem pengecaj nirwayar Qi yang terkini pada papan pemukanya tetapi jika anda masih mahu menggunakan kabel, slot USB dan juga soket 12V tetap wujud.

9. Soket 3-pin macam di rumah?

  • Ford juga mengekalkan ciri soket 3-pin dengan "inverter" (penyongsang arus) 240V/150W bagi memastikan anda boleh mengecaj komputer riba anda atau apa-apa alatan elektrik lain yang biasa dicaj di rumah.
  • Tanya kepada mana-mana pemilik Ranger Wildtrak sebelum ini berkaitan soket 3-pin ini dan mereka akan kata ia adalah satu fungsi yang mereka tak pernah lihat dalam kenderaan lain, dan sekarang mereka tidak boleh hidup tanpanya!

 

 

10. Slot USB tersorok dan soket 400W!

  • Ranger generasi baharu juga mempunyai slot USB pada cermin pandang belakang, khusus untuk disambungkan dengan kamera dash pilihan anda ataupun peranti GPS.
  • Di bahagian tempat letak barang di belakang pula, ada soket 12V setinggi 400W untuk membolehkan anda menggunakan pelbagai aksesori seperti gerudi elektrik, gergaji elektrik, lampu limpah, kipas angin atau pam air pancuran yang sangat berguna jika anda pergi berkhemah di kawasan yang tidak ada sungai!

Jika anda berminat untuk melihat sendiri Ford Ranger baharu ini, ikuti siri jelajah Ranger generasi terbaharu.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

 

 

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru melibatkan tempoh lima hujung minggu.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke acara pratonton akan datang ini dan dekati Ranger generasi baharu dalam siri jelajah berkenaan. 

 

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…