Lampu utama gagal berfungsi - Toyota Supra, BMW Z4, 3-Series antara yang dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kempen panggil semula yang diisukan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), BMW memanggil kira-kira 245 unit kenderaan untuk diperiksa semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alasannya? 

Menurut NHTSA, terdapat kemungkinan kerosakan pada papan litar bercetak (PCB) yang dipasang oleh pembekal BMW ketika proses produksi, di mana pin penyambung yang mungkin sekali mempunyai bendasing sebelum dikimpal. 

Hal ini mampu mendatangkan kerosakan kepada unit kawalan lampu utama pada kenderaan yang dimaksudkan. 

Sebanyak 37 unit BMW Z4, 31 unit BMW 330i dan 330i xDrive serta 177 unit Toyota GR Supra terlibat di dalam kempen panggil semula ini. 

Ini menjadikan kempen panggil semula yang ketiga melibatkan Toyota GR Supra selepas kes melibatkan permasalahan tali pinggang keledar dan kamera undur yang gagal berfungsi.

Kesemua unit yang dipanggil semula merupakan unit produsi MY 2020 seperti berikut:
BMW Z4 - 16 Julai sehingga 20 Ogos, 2019
Toyota Supra - 15 Julai sehingga 25 Julai, 2019
BMW 330i - 22 Julai sehingga 18 Oktober, 2019

Sehingga kini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan direkodkan akibat permasalahan ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…