Lancia bakal eksport model kereta ke luar Itali

oleh Mohamad Hanif|
Lancia merupakan antara jenama lagenda di dalam sukan rali, namun jenama automotif itu kini mempunyai satu produk tunggal yang hanya dijual di pasaran tanah air Itali sahaja, iaitu Lancia Ypsilon.

Namun, nasib Lancia bakal berubah bermula tahun 2024 di mana CEO Lancia, Luca Napilitano mengesahkan mereka akan memperkenalkan tiga model baharu termasuk generasi baharu hatchback Ypsilon, dan juga sebuah crossover.

Seperti yang diberitakan sebelum ini, Lancia juga turut akan menghidupkan semula nama Delta sebagai sebuah EV, namun ia tidak akan hadir sebelum tahun 2026.

Selain itu, Lancia juga akan mula mengeksport kenderaan ke pasaran luar Itali seperti Austria, Belgium, Perancis, Jerman dan Sepanyol pada tahun 2024, diikuti United Kingdom pada tahun berikutnya.

Rekaan model-model baharu Lancia akan dipantau oleh Jean-Pierre Ploue di mana Lancia menjanjikan rekaan Itali yang elegan, permukaan yang lembut dan kualiti yang hebat, selari dengan hasrat untuk menjadi sebuah jenama yang premium.

Bermula tahun 2026, Lancia akan menjadi jenama elektrik sepenuh masa dan menyasarkan pelanggan berpotensi serta pemilik jenama seperti Tesla, Volvo dan Mercedes-Benz EQ.

Dalam pada itu, Napolitano percaya orang ramai yang mahukan perubahan dan tertarik dengan teknologi baharu akan melihat kepada produk generasi baharu Lancia.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.…
Berita Global
Kegemilangan Lancia terus padam sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sehinggalah ke satu tahap…
Berita Global
  Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).…