Lancia bakal menjadi jenama automotif premium di bawah Stellantis!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, jenama Itali Lancia yang suatu ketika dahulu 'berjaya' menakluk dunia dengan kejayaan di dalam sukan rali kini hanya memiliki satu model sahaja, iaitu supermini Ypsilon.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun model Ypsilon itu amat popular di negara asal, ia tidak dapat menidakkan hakikat bahawa Lancia kini bertahan di negara sendiri tanpa sebarang penembusan ke pasaran lain.

Keadaan ini turut menimbulkan ura-ura di mana Lancia bakal digugurkan daripada gabungan FCA-PSA (atau nama baharunya Stellantis), bersama-sama jenama Chrysler.

 

Lancia yang dulu-dulu


Namun jenama tersebut dilihat masih lagi mempunyai harapan apabila Stellantis bakal menjelmakan semula Lancia sebagai sebuah jenama automotif premium di bawah gabungan baharu bersama-sama Alfa Romeo dan DS.

Gabungan ini bakal dipimpin oleh Luca Napolitano yang turut menjadi bos Fiat dan Abarth bagi Eropah, Timur Tengah dan Asia (EMEA).

Tiada sebarang informasi lanjut didedahkan oleh Stellantis buat masa ini, namun sekurang-kurangnya jenama yang kita kenali suatu ketika dahulu tidak lagi menemui ajalnya untuk masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.…
Berita Global
Kegemilangan Lancia terus padam sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sehinggalah ke satu tahap…
Berita Global
  Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).…