Lancia HF Integrale Evo II milik Rowan Atkinson untuk dibida, dijangka lebih RM340 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lancia HF Integrale Evo II - Rowan Atkinson
Lancia HF Integrale Evo II - Rowan Atkinson
Kereta legenda dan dimiliki oleh individu terkenal, satu kombinasi sempurna yang dapat memberi nilai dan harga tinggi.

Silverstone Auctions yang terkenal dengan bidaan kereta 'rare' mempunyai sebuah Lancia HF Integrale Evo II untuk dibida oleh pengumpul kereta atau sesiapa yang berminat.

Sesi bidaan akan dilangsungkan pada 25 Februari pada acara Race Retro Show di Warwickshire, United Kingdom (UK). 

Menjadikan kereta istimewa ini lebih istimewa apabila pemiliknya ialah Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lancia HF Integrale Evo II - Rowan Atkinson

 

Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).

Perbatuan kereta ini hanya sekitar 87,000 kilometer apabila dimiliki oleh Rowan Atkinson pada Mei 2021 dan terkini mencecah 89,300 kilometer.

Lancia Delta Integrale pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Frankfurt 1979 dan terkenal dengan dominasi di dalam Kejohanan Rali Dunia pada lewat 80-an dan awal 90-an.

Model Evoluzione pertama dikeluarkan pada penghujung 1991 sehingga 1992 dan dijadikan sebagai model homologasi terakhir untuk Pasukan Rali Lancia.

 

Lancia HF Integrale Evo II - Rowan Atkinson

 

HF Integrale atau dikenali sebagai Evo II pula muncul pada Jun 1993 dan menggunakan enjin 2.0 liter turbo 16 injap dengan kuasa dipertingkatkan kepada 212 kuasa kuda (hp).

Unit milik Rowan Atkinson ini asalnya dihantar ke Jepun dan kemudian diimport kembali ke UK pada 2011.

Satu ciri yang 'rare' pada unit ini ialah warna Lord Blue dan bahagian dalam pula kemas dan cantik dengan kerusi balutan Alcantara perang yang nampak seperti baharu.

Selain di dalam keadaan yang baik, unit ini masih lagi mempunyai pelbagai dokumen seperti rekod penyelenggaraan di Jepun dan dokumen pendaftaran V5C.

Apa yang pasti, Rowan Atkinson sememangnya mempunyai citarasa tinggi di dalam pemilikan kereta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lancia HF Integrale Evo II - Rowan Atkinson